Saturday, November 30, 2013

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100 Plus


Bintang tengah Kelantan, Mohd. Badhri Radzi tidak menyembunyikan impian untuk kembali menyarung jersi skuad kebangsaan sejurus selepas dinobat sebagai Pemain Paling Bernilai 2013 pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100 Plus- Astro Arena-FAM, semalam.

Malah seperti diduga, ketua pasukan The Red Warriors itu turut diumumkan sebagai Pemain Tengah Terbaik.

Badhri, yang lebih dikenali dengan jolokan Piya mengetepikan dominasi penyerang Johor Darul Takzim, Norshahrul Idlan Talaha yang mengungguli anugerah Pemain Paling Bernilai sejak tiga tahun lalu.

Pemain berusia 31 tahun itu berkata, dia amat berharap, kemenangannya mampu membuka mata banyak pihak dan melayakkannya kembali menganggotai skuad Harimau Malaya.

Piya sebelum ini sering disisihkan daripada skuad kebangsaan, biarpun diakui sebagai antara pemain tengah terbaik dalam Liga Malaysia.

“Itu saya tidak boleh cakap apa-apa (mengapa tidak dipanggil sebelum ini). Mungkin saya tiada rezeki untuk diserap walaupun sudah memberikan yang terbaik bersama Kelantan.

‘‘Sebagai pemain, sudah tentu saya begitu teringin untuk menyarung jersi kebangsaan dan harap saya akan dipanggil pada masa akan datang, " katanya.

Piya mengetepikan cabaran kuat daripada Amirulhadi Zainal, Christie Jayaseelan, Joseph Kallang Tie, R. Gopinathan dan Nurul Azwan Roya untuk membawa pulang anugerah Pemain Tengah Terbaik.

Pemilihan Piya bukan sesuatu yang mengejutkan kerana dia mempamer aksi konsisten sepanjang musim, termasuk pada saingan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Kejayaan pemain lincah itu kemudian turut disusuli dengan kemenangan dua rakan sepasukannya, Khairul Fahmi Che Mat yang dijulang sebagai Penjaga Gol Terbaik buat kali keempat berturut-turut, selain Mohd. Norfarhan Muhammad yang muncul Penyerang Terbaik.

Kelantan turut menambah koleksi kemenangan selepas peminat mereka dipilih sebagai Kelab Penyokong Terbaik.

Pemain LionsXII, Baihakki Khaizan pula dinobat sebagai Pertahanan Terbaik, diikuti Junior Eldstal sebagai Pemain Harapan.

Kejayaan Dollah Salleh membawa Pahang muncul juara Piala Malaysia selepas 21 tahun mengangkatnya sebagai Jurulatih Terbaik.

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) pula dipilih sebagai Persatuan Bola Sepak Negeri Terbaik dan PDRM mendapat anugerah Fair Play, manakala Sime Darby mempertahankan gelaran Kelab Bola Sepak Terbaik.

Anugerah Pengadil Terbaik yang diperkenalkan buat kali pertama pada tahun ini menjadi milik Nago Amir Nor Mohamed dan Mohd. Sabri Mat Daud dipilih Pembantu Pengadil Terbaik.

Piya yang sedikit terkejut dengan kemenangan itu berkata, dia tidak mungkin akan menerima trofi tanpa bantuan rakan-rakan sepasukan dan penyokong Kelantan yang sentiasa berada di belakangnya.

‘‘Dalam karier saya sebagai pemain, ini adalah kejayaan paling manis.

“Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa gembiranya saya menerima gelaran ini.

‘‘Rasa macam masih tidak percaya, namun saya anggap ini adalah hadiah terbaik kepada kedua-dua ibu bapa saya yang sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi.

“Kemenangan ini juga pasti akan memberi motivasi tambahan kepada saya untuk menghadapi musim depan, " kata Piya.

Sementara itu, Khairul Fahmi tidak menganggap kejayaannya memegang trofi Penjaga Gol Terbaik semenjak tahun 2010 sebagai satu petanda yang membuktikan dia tidak mempunyai pesaing setanding dalam saingan Liga Malaysia.

‘‘Bagi saya semua penjaga gol di Malaysia adalah yang terbaik dan saya tidak fikir sampai begitu sekali (tiada pesaing setanding) cuma rezeki mungkin lebih memihak kepada saya.

‘‘Diharapkan anugerah ini memberikan saya semangat untuk bekerja keras pada musim baharu nanti dan cuba mengekalkan lagi gelaran ini jika boleh, " katanya.

Penyerang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Marlon Alex James muncul Pemain Import Terbaik 2014


PERSONA lebih murah akan dikeluarkan

Proton Holdings Bhd. (Proton) mengorak langkah dalam pengeluaran kereta pada harga terendah di negara ini dengan melancarkan model terbaharunya, Persona SV.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Lukman Ibrahim berkata, Persona SV yang dijual menerusi tawaran harga dari RM44,938 hingga RM47,938 dengan pakej bayaran bulanan serendah RM388, dilengkapi ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan selain pemanduan lebih mantap.

Menurutnya, varian terbaharu yang didatangkan dengan tujuh warna pilihan itu dilengkapi dua beg udara, empat brek cakera, brek anti kunci (ABS) dan kuasa brek elektronik (EBD) di samping penalaan casis Lotus.

"Sejak model Persona dilancarkan pada 2007, lebih 500,000 buah kereta telah dihasilkan.

"Ini merupakan satu pencapaian yang baik kerana bukan mudah sebagai sebuah syarikat tempatan untuk mencapai jualan seperti ini.

"Persona SV ini dilancarkan sempena meraikan kejayaan itu dan selepas sambutan baik yang diterima pihak kami terhadap Proton Saga SV yang diperkenalkan dengan harga lebih kompetitif pada pertengahan tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Persona SV sempena Karnival Proton di Stadium Shah Alam di sini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif DRB Hicom, Datuk Mohamed Razeek Md. Hussain.

Karnival Proton yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini turut memberi peluang kepada pengunjung menyertai pelbagai aktiviti antaranya pandu uji kereta model Proton, jualan alat ganti tulen Proton.

Orang ramai juga berpeluang bertemu dengan pelumba drift negara, Tengku Djan Ley.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi (Komersial) Proton, Hisham Othman memberitahu, pihaknya menyasarkan jualan Persona SV sebanyak 2,400 buah sebulan, ekoran harga menarik berbanding kereta sedan sekelas dengannya yang berada di pasaran.

"Namun kita optimis bahawa jualan Persona SV dijangka melebihi sasaran ditetapkan.

Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan kepada permintaan tinggi terhadap model Proton Saga SV sebelum ini yang merupakan usahanya untuk menawarkan harga kereta yang lebih kompetitif.


"Apa salahnya saya bantu PM",,kata Ustaz Kazim


IPOH 30 Nov. - Pendakwah bebas, Mohammad Kazim Elias Al-Hafiz atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim kesal apabila pelantikannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO menerima kecaman pelbagai pihak.

Menurutnya, kecaman yang dilakukan menerusi media sosial termasuk Facebook itu sememangnya sudah dijangka.

"Penerimaan dan komen negatif ini saya sudah biasa terima dan reaksi seperti ini sememangnya telah dijangka. Bagaimanapun, mereka terlalu cepat (menghentam) tanpa mendengar penjelasan saya. Sepatutnya mereka lebih bertoleransi dan berhemah.

"Tohmahan mereka ini menggambarkan sikap mereka dan ini tidak baik. Alangkah bagusnya jika memandang kepada kebaikan. Saya berlapang dada. Jika Perdana Menteri minta tolong untuk meningkatkan martabat Islam, apa salahnya saya bantu. Sesiapa sahaja yang minta nasihat juga akan saya bantu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penutup Program Kem Tahsin di sini hari ini.

Berikut petikan kenyataan Mohammad Kazim dalam Facebook beliau bagi menjawab tohmahan yang dilemparkan berikutan pelantikannya:

"Subhanallah, saya pun terkejut saya dilantik, belum apa-apa dah kena maki...Alhamdulillah, salah ke kalau orang lain minta nasihat? Saya ni sentiasa berlapang dada, janganlah tuduh tanpa melihat secara halus...Apa yang kita sangka tentang orang lain kadang-kadang itulah dalam jiwa kita. Berhati-hatilah dalam berbicara. Apa tuan-tuan ingat saya kemaruk wang, kuasa pangkat? Apa salahnya doakan yang terbaik, bila tak ada orang agama dikatakan teruk bila orang agama dijemput pun dikatakan teruk, saya tak faham. Dalam hal ini sepatutnya bagi pandangan dan nasihat bukan maki-hamun fitnah dan cacian.

Bab lantikan MT UMNO ni, baru sangat saya dijemput diminta bantu apa yang patut untuk Islam...itu pun menjadi masalah, jadi isu? Saya ada prinsip saya, tak pernah dengar ceramah saya tapi nak komen lebih-lebih. Esok saya akan dapatkan apa bentuk lantikan yang diberi pada saya dan saya juga kena jaga banyak perkara daripada keluarga, sekolah, kuliah-kuliah saya, anak murid saya, pengikut kuliah saya dan lain-lain.

Bagi anda yang betul ikhlas dalam memperjuangkan Islam boleh dengar apa saya cakap selepas saya berbincang seperti saya sebutkan tadi.

Semoga Allah merahmati kita semua, terima kasih atas kata-kata yang sangat manis dalam komen anda sebelum ini. Janganlah menilai hati orang, kita tak tahu apa dalam hati orang, Allah yang menilai bukan kita. Wassalam.


Aura SuperMokh (Mokhtar Dahari)

MUNGKIN sekarang ini ramai generasi baru yang sudah tidak mengetahui kejaguhan dan kehebatan penyerang bola sepak terhebat negara Allahyarham Datuk Mohamad Mokhtar Dahari.

Apatah lagi dengan kesuraman industri bola sepak selepas beliau pergi mengadap Ilahi pada 11 Julai 1991. Seolah-olah badi prestasi pasukan bola sepak kebangsaan yang terumbang -ambing sejak pemergian beliau itu masih berterusan sehingga kini tanpa sebarang pengganti.

Walaupun sudah lebih 20 tahun beliau pergi meninggalkan kita namun prestasi dan kehebatan pasukan bola sepak negara masih di takuk lama membuatkan Allahyarham terus dikenang sebagai penyerang legenda yang belum punya pengganti.

Maka tidak hairanlah berikutan kehebatan dan ketangkasan beliau, gelaran SuperMokh sering meniti di bibir kerana kecemerlangannya menjaringkan banyak gol sepanjang kariernya.

Namanya tetap terpahat sebagai legenda bola sepak kebangsaan ekoran sumbangannya ketika mewakili Malaysia dari 1972 hinggalah 1985.

Walaupun generasi muda masa kini tidak begitu mengenali bintang negara itu, tapi hampir pasti kebanyakan kita pernah mendengar namanya, sebagai pemain dengan bakat semulajadi yang mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh bola sepak dunia.

Kelebihan dimiliki Supermokh yang menjadi igauan kawan dan lawan adalah sepakan deras bak peluru yang menjadi pemusnah utama dalam merobek gelanggang lawan.

Malah dikatakan tiga jari mendiang R. Arumugam, bekas penjaga gol negara pernah patah ketika cuba menampan tendangan kencangnya. Itu belum dikira kelicikan dan tindakan pantasnya yang bijak membaca kelemahan pertahanan dan gerakan lawan bagi memudahkan beliau meloloskan diri sebelum melakukan penyudah cemerlang untuk memastikan kemenangan pasukan.


Pelatih institut kemahiran cuba bunuh diri dipercayai disindir ustaz



Gara-gara malu setelah dipercayai disindir ustaz kerana tidak pandai melaungkan azan, seorang pelatih sebuah institut kemahiran cuba membunuh diri dengan bergayut pada paip saluran air hujan di kaki bumbung bangunan asrama setinggi tiga tingkat dalam kejadian di Permyjaya di sini, awal pagi semalam.
Bagaimanapun, kepantasan dan kecekapan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba Lopeng berjaya menyelamatkan pelatih berusia 18 tahun tersebut sebelum dia sempat terjun.
Menurut sumber, kejadian sekitar jam 7 pagi itu disedari pihak pengurusan institut kemahiran terbabit setelah dimaklumkan oleh beberapa pelatih lain yang ternampak seorang rakan mereka berdiri di tepi tingkap sebelah luar di tingkat tiga asrama pelatih lelaki.
Pelatih terbabit dipercayai keluar ke bahagian tepi tingkap itu dengan menanggalkan kepingan cermin tingkap di salah sebuah bilik asrama di bangunan tersebut.
Berikutan itu, pihak pengurusan institut kemahiran terbabit terus menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan segera.
Sepasukan 13 anggota bomba dari Balai Bomba Lopeng bersama sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian untuk menghulurkan bantuan.
Turut kelihatan bergegas ke tempat kejadian ialah ayah serta seorang adik lelaki pelatih terbabit.
Anggota bomba terpaksa menggunakan peralatan khas dikenali sebagai ‘tangga cakera putar’ untuk menyelamatkannya, namun tatkala proses menaikkan tangga dilakukan, pelatih terbabit tiba-tiba dilihat melompat lalu bergayut pada sebatang paip saluran air hujan di kaki bumbung asrama berkenaan.
Keadaan cemas itu turut menyebabkan beberapa pelatih serta kakitangan institut yang berada di bawah menjerit kerana bimbang dia akan terjatuh.
Setelah bergayut lebih 10 saat, pelatih itu akhirnya berjaya diselamatkan anggota bomba yang bertindak menarik kakinya untuk masuk ke dalam bakul ‘tangga cakera putar’ berkenaan.
Semasa naik, anggota bomba turut membawa bersama ayahnya sebagai usaha memujuknya dan sebaik diturunkan, dua beranak itu kelihatan saling berpelukan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintenden Stanley Jonathan Ringgit mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
“Mangsa bertindak sedemikian dipercayai akibat masalah dalaman di institut kemahiran terbabit dan polis menjalankan siasatan terperinci untuk mengetahui punca atau motif sebenar mengapa dia bertindak sedemikian.
“Buat masa ini, polis menahan pelatih terbabit untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh diri,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak bomba kerana berjaya menyelamatkan remaja terbabit yang merupakan pelatih semester satu dalam bidang penyediaan pastri di institut kemahiran berkenaan.
Difahamkan pada petang kelmarin, pelatih terbabit dipercayai disuruh oleh seorang ustaz melaungkan azan, namun kemudian dia dipercayai disindir oleh ustaz terbabit kerana tidak pandai berbuat demikian.
Dia yang dipercayai malu dengan sindiran ustaz terbabit serta ejekan pelatih-pelatih lain, selain didakwa mengalami tekanan pelajaran, dipercayai bertindak nekad dengan cara sedemikian.


Penyokong Sarawak the best...

Presiden Per­satuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datu Sudarsono Osman melahirkan rasa bangga dengan penyokong Sarawak yang diiktirafkan sebagai antara yang terbaik di Malaysia.
Katanya, semangat yang ditunjukkan oleh penyokong-penyokong Sarawak men­jadi inspirasi kepada pasukan Ngap Sayot sepanjang saingan musim ini dan beliau berharap akan berterusan pada musim depan.
“Memang sukar hendak me­lihat penyokong-penyokong yang cukup setia seperti penyokong kita di negara ini.
“Saya berasa sangat bangga dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua peminat setia pasukan Sarawak dan penyokong-penyokong, justeru saya berharap mereka (penyokong) akan terus ber­juang bersama-sama pasukan Sarawak sampai bila-bila.
“Bagi pihak FAS, kita akan terus berusaha memastikan pasukan Sarawak melakar lebih banyak kejayaan se­lepas ini,” katanya di sini semalam.
Sudarsono juga berharap pasukan Sarawak yang ba­haru dibentuk akan memberi cabaran terbaik pada saingan Liga Super 2014 nanti.
“Ini adalah era baharu bagi Sarawak dan saya percaya kita sedang di kemuncak kegemilangan sejak mula melibatkan diri dalam kejo­hanan berprestij pada 1980-an,” katanya.
Menurutnya, jualan tiket dan produk Ngap Sayot yang sentiasa laris setiap kali per­lawanan berlangsung menjadi penanda aras bahawa Sarawak mempunyai penyokong te­gar yang wajar mendapat pujian.
“Saya tahu para penyokong tidak sabar untuk menunggu musim 2014 bermula. Just­eru, saya juga berperasaan begitu dan berharap musim depan akan memberi lebih banyak kejayaan buat kita,” katanya.
Sarawak kembali ke kancah Liga Super setelah menjuarai Liga Perdana 2013 dengan rekod tanpa kalah.
“Para pemain juga tid­ak sabar untuk memulakan musim baharu setelah berehat selama tiga minggu.
“Saya yakin, gabungan pemain lama dan baharu ini cukup mantap untuk mem­bawa kita ke mercu kejayaan musim depan,” jelas Sudar­sono.
Liga Super 2014 akan ber­mula pada 18 Januari tahun depan.

Messi versi Indonesia bermain dengan Selangor


Bintang negara jiran yang terkenal dengan gelaran 'Messi' Indonesia, Andik Vermansyah bakal memperkuatkan cabaran Selangor bagi menghadapi Liga Malaysia (Liga M) musim 2014.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Rosman Mohd. Ibrahim berkata, pemilihan Andik untuk mengisi kuota import benua Asia dibuat setelah melihat potensi besar yang ada pada pemain yang berasal dari Jawa Timur itu.

Bintang tengah Indonesia itu dipercayai mampu membantu Selangor kembali berada dalam kelompok pasukan yang disegani.

Walaupun bertubuh kecil, kepantasan yang dimiliki pemain berusia 22 tahun itu akan menjadi aset berharga kepada jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic.

''Andik adalah pemain yang kental dan pantas, malah dia ada teknik kawalan bola yang begitu baik kerana mampu menjaringkan gol dari bahagian sayap.

''Saya yakin Andik mampu menyinar bersama Selangor dan dijangka menjadi salah seorang pemain utama Red Giants musim depan, " katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Andik yang dianggap ikon bola sepak di negaranya, beraksi bersama Persebaya. Dia mempunyai pengalaman menjalani latihan di luar negara bersama kelab Liga Utama Kebangsaan (MLS) Amerika Syarikat, D.C United dan kelab Liga Jepun (Liga-J), Ventforet Kofu tetapi gagal meraih tempat.

Salah satu fakta menarik mengenai Andik, dia diletak sebagai antara 10 pemain terbaik Asia yang diramal mempunyai potensi besar untuk meningkat.

Rosman dalam masa sama mengingatkan peminat Selangor agar jangan meletak beban berlebihan kepada Andik kerana pemain ini masih muda.

''Andik seorang yang cukup merendah diri dan mohon semua pihak agar melihat prestasi dia terlebih dahulu serta jangan terlalu mengagung-agungkan dia.

''Saya mohon dia dilayan seperti pemain lain dan tidak perlu diberi layanan terlalu istimewa atau bertaraf bintang, " katanya.

Selain Andik, Selangor sudah menyambar dua bintang Brazil, Paolo Rangel dan Junior Aparecido


Bobby permata Borneo

Bobby Gonzales
RASANYA nama Bobby Gonzales mungkin asing bagi segelintir peminat bola sepak tanah air, namun tidak bagi masyarakat di Borneo.

Barangkali, ada yang tidak mengenali langsung dan mengecam pemuda yang berasal daripada Kunak, Sabah ini.

Beliau sebenarnya pernah menganggotai pasukan Malaysia peringkat belia ketika Kejohanan Sekolah Asia pada 2001 dan terlibat dalam kempen Kejohanan Remaja Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Sabah, permulaan karier

Bobby memulakan langkah sebagai pemain bola sepak profesional bersama negeri kelahiran, Sabah dan melakukan kemunculan sulung (debut) menentang Terengganu pada saingan Liga Malaysia 2003.

Pada 2007 dan 2008, permainan Bobby kian meningkat dan muncul penjaring terbanyak bersama rakan sepasukan dari Brazil, Andre Scotti Ossemer dengan ledakan 13 gol.

Penampilan unggulnya pada tahun itu menyebabkan namanya dipilih untuk menjalani latihan dengan pasukan bawah 23 tahun kebangsaan. Malangnya, nasib tidak menyebelahi beliau apabila gagal dalam merebut tempat utama dalam skuad berkenaan.

Bobby mula mengorak langkah dengan menyertai kelab yang berpangkalan di Brunei, Duli Pengiran Muda Mahkota (DPMM) FC pada 2009.

Namun, hasratnya terbantut gara-gara DPMM FC digantung penyertaan dalam Liga M kerana tidak mematuhi peraturan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Berikutan peristiwa itu, Bobby kemudiannya mengambil keputusan sertai kelab KL Plus.


Cipta nama di Sarawak

Bersama Sarawak, Bobby mula menggilap kembali sinarnya yang semakin malap. Beliau bantu pasukan bergelar Ngap Sayot itu duduki tangga kedua Liga Perdana dan layak mara ke Liga Super 2012 serta menggegar 16 jaringan.

Ibarat sirih pulang ke gagang, Bobby kembali semula ke Sabah setahun selepas itu sebelum pulang semula ke Kuching tahun ini.

Beliau dianggap penyerang berbahaya apabila menghasilkan lima gol dalam lima penampilan.

Bobby tetap merendah diri meskipun muncul penjaring terbanyak pasukan dengan 19 gol yang diledak sepanjang musim ini.

Bukan itu sahaja, Bobby menceriakan penyokong setia Ngap Sayot apabila meletakkan pasukannya kembali beraksi di kancah Liga Super 2014.

“Semua kejayaan ini adalah hasil kerjasama berpasukan. Seluruh pemain Sarawak wajar terima pujian dan kami berjaya bentuk persefahaman hingga membolehkan saya menggegar jaring lawan.

“Peminat jadi tulang belakang dan beri inspirasi kepada saya untuk lakukan yang lebih baik berbanding tahun lalu,” katanya.


Idam jersi Harimau Malaya

Sementara itu, Bobby tidak terkejut namanya tiba-tiba dikaitkan berada dalam skuad Harimau Malaya yang kini dipimpin Datuk K Rajagobal.

“Saya tidak terfikir layak terima segala pujian. Saya akan buat terbaik jika terpilih sarung jersi pasukan negara pada masa depan dan ia satu kebanggaan,” katanya.

Bobby pernah mewakili pasukan Malaysia Bawah 19 pada tahun 2003 dan 2004.

Profil :

Nama: Bobby Gonzales
Tarikh lahir: 15 Januari 1984
Tempat lahir: Kunak, Sabah
Tinggi: 1.70 m
Posisi: Penyerang
Kelab semasa: Sarawak
Karier remaja
2002–2003 - Sabah FA
Pasukan diwakili
2003–2008 - Sabah
2009 - DPMM FC
2009 - KL PLUS
2009–2010 - Sabah
2011 - Sarawak
2012 - Sabah
2013 - Sarawak
Pasukan kebangsaan
2003–2004 - Malaysia B-1

Friday, November 29, 2013


Powered By KakiBlog

Lawak pecah perut

Selepas kempunan dapatkan Friedrich, 5 pemain import akan diuji hari ini


DEMI NEGARA: Junior Eldstal (kiri) tidak akan menyertai siri jelajah Sarawak ke Batu Malang, Surabaya, Indonesia.

KUCHING: Sarawak akan menguji lima pemain import baharu pada sesi latihan yang bermula hari ini.
Menurut sumber, identiti lima pemain itu bagaimanapun masih belum dipastikan dan sebahagian daripada mereka juga dijangka tiba di sini esok.
Sarawak masih belum mengikat mana-mana pemain import luar untuk mengharungi Liga Super 2014.
Sebelum ini, mereka berminat untuk mengambil bekas pertahanan Bayern Leverkusen, Manuel Friedrich namun beliau kembali berhijrah ke Jerman untuk menyertai Borussia Dortmund.
Sarawak juga masih belum memutuskan samada mahu menggunakan khidmat bekas penyerang Australia Ryan Griffiths yang bermain dengan kelab Beijing Baxy dalam Liga Super China musim 2013.
Hanya penyerang Bosnia Muamer Salibasic masih dikekalkan dalam skuad sementara pertahanan Cameroon Guy Bwele digugurkan.
Setakat ini, Sarawak telah mengikat Akmal Rizal Ahmad Rakhli, 31, (penyerang), Reeshafiq Alwi, 31 (tengah), Mohd Lot Abu Hassan, 29 (penyerang), Mohd Rashid Aya, 22 (penyerang), S Chanturu, 25 (sayap) dan Mohd Fadzley Abdul Rahim, 26 (penjaga gol).
Manakala pemain yang digugurkan dan berpindah ialah Bobby Gonzales, Azizan Baba (penyerang), Mohamad Sahran Abdul Samad, Shahrul Abdul Malek (tengah), Guy Bwele, Fareez Tukijo (pertahanan) dan Saiful Amar Sudar (penjaga gol).
Sementara itu, kesemua pemain akan mula menjalani latihan sebagai persediaan siri jelajah ke ke Batu Malang, Surabaya, Indonesia pada 7-20 Disember depan.
Mereka termasuk pemain import tempatan yang baharu menandatangani kontrak dengan Sarawak.
Bagaimanapun, Ashri Chuchu dan Junior Eldstal tidak akan menyertai siri jelajah tersebut kerana komitmen dengan skuad Harimau Muda di Sukan SEA ke-27 di Myanmar.
Sepanjang jelajah tersebut, Sarawak akan mengadakan empat perlawanan persahabatan dengan kelab tempatan


Buaya memuntah balik mangsa setelah 'dipujuk'.



ROBAN: Usaha mencari nelayan sungai Adrian Thomas, 32, yang hilang dipercayai dibaham buaya dengan jolokan ‘Bujang Seblak’ berakhir dengan penemuan mayat tanpa kepala, tangan dan kaki, pagi semalam.
Rentetan penemuan mayat menyayat hati itu bermula apabila penduduk kampung yang menyertai usaha mencari mangsa di Sungai Seblak terlihat gelagat pelik seekor buaya dianggarkan sepanjang 16 kaki menggoncangkan tubuhnya dan mengocakkan air sebelum memuntahkan mayat manusia.
Saksi kejadian, Mani Mangai, 50-an, penduduk dari Rumah Mawan Ason, Empayak, Roban, berkata, seumur hidupnya, itulah kejadian paling aneh yang pernah dilihatnya.
“Kami amat terkejut apabila seekor buaya kira-kira sepanjang 16 kaki, berwarna kehitam-hitaman tiba-tiba muncul hanya beberapa meter dari tepi perahu kami, sambil mengocakkan air lalu memuntahkan sesuatu dari mulutnya,” kata Mani ketika ditemui media di jeti perahu rumah panjang terbabit, semalam.
Beliau berkata, pada mulanya mereka menyangka buaya terbabit memuntahkan plastik, tetapi beberapa minit kemudian, mereka mula terhidu bau busuk.
“Risau dengan perkara itu, kami terus merapatkan perahu kami dengan benda terbabit sambil menariknya de- ngan pendayung.
“Kami kemudian terperanjat apabila mendapati bahawa ia adalah sebahagian daripada tubuh badan manusia, iaitu bahagian dari pinggang ke paras bahu.
” Menurut Mani, semasa kejadian mereka sedang dalam perjalanan untuk memeriksa mata kail buaya yang telah dipasang dalam usaha menangkap buaya yang dipercayai membaham Adrian pada petang Jumaat lepas.
“Sebaik sahaja menemui mayat terbabit kami terus berpatah balik ke rumah panjang untuk memaklumkan penduduk kampung,” katanya.
Mani menemui mayat tersebut bersama tiga rakannya, iaitu Indet Senabong, pawang buaya yang tidak asing lagi di kalangan penduduk tempatan, bapa mangsa serta Tuai Rumah Embol.
Indet, 50, berkata, kejadian pelik tersebut berlaku di muara Sungai Budak, kirakira 500 meter dari lokasi mangsa dipercayai diserang.
“Menurut penduduk di sini, lokasi itu dikenali sebagai Teluk Berauh.
Kejadian ini berlaku sekitar jam 9 pagi.
“Bagi kami, petanda ini adalah sesuatu yang baik dan membuktikan bahawa kehilangan mangsa selama ini mempunyai kaitan buaya, sekali gus menangkis cakapcakap segelintir pihak bahawa mangsa hilang di hutan berhampiran, lemas serta beberapa tanggapan lain.
“Pada masa yang sama, kejadian ini menunjukkan buaya yang bertanggungjawab sudah mula merasai kesan daripada usaha yang telah kita jalankan,” jelasnya.
Justeru, Indet berharap usaha menangkap sang bedal yang dipercayai membaham Adrian akan membuahkan hasil tidak lama lagi.
Indet terkenal dengan kepakaran dalam menundukkan buaya apabila beliau pernah menangkap seekor buaya sepanjang 12 kaki di sungai yang sama pada 3 Julai tahun lepas.
Dalam kejadian itu, buaya terbabit yang dipercayai membaham Siah Munsong, isteri Tuai Rumah Embol dari Sungai Anak, tumpas dengan sekali tampar di kepalanya.
Sementara itu, ketika penduduk berkumpul di jeti rumah panjang terbabit sambil menunggu pihak polis membawa mayat berkenaan ke Hospital Saratok, mereka dikejutkan dengan berita daripada beberapa pegawai Jabatan PERHILITAN Sarawak bahawa terdapat petanda salah satu mata kail yang dipasang oleh pawang terbabit sudah mengena.
Sejurus itu, Indet, Mani dan Tuai Rumah Embol bergegas ke lokasi yang dimaksudkan, namun sekitar jam 2 petang semalam, kumpulan terbabit kembali semula ke rumah panjang dan mengesahkan mata kail terbabit belum lagi mengena.


Read more: http://www.theborneopost.com/2013/11/29/penemuan-yang-menyayat-hati/#ixzz2m5RkRCdh

Enam maut nahas ngeri



MUKAH: Enam maut dalam pertembungan ngeri kereta Perodua Kancil dan Toyota Hilux di Kilometer 82 Jalan Selangau-Mukah petang semalam.

Mereka yang terbunuh ialah lima sekeluarga dari kereta Kancil dan seorang penumpang dari kereta Hilux.

Dalam kejadian sekitar jam 3 petang itu, kedua-dua kenderaan terbabit dipercayai bertembung hanya beberapa kilometer dari pekan Selangau.

Menurut sumber, kereta Kancil terbabit membawa enam penumpang termasuk pemandu dari Bruit menuju ke Mukah.

Manakala, pemandu Hilux bersama seorang penumpang yang maut dalam perjalanan dari sini ke Sibu.

Lima sekeluarga yang maut di tempat kejadian dari kereta Kancil tersebut dikenal pasti sebagai Hisyam Abdullah berusia 40-an, isterinya Jauyah Jaafar, 40-an, Kasyfil Asimiee, 9, Asrizan Airiel, 5, dan Aiemin Rayyan, 4.

Seorang lagi penumpang, Norsyafiqah Aqilah, 15, yang parah telah dirujuk ke Hospital Sibu.
Sementara itu, Mohamad Yahya Hisyam, 18, anak sulung Hisyam memberitahu tujuan ibu bapa dan adik-beradiknya ke Sibu adalah untuk memperbaharui cukai jalan dan insurans kereta.

“Mereka hendak pergi ke Sibu. Saya tidak dapat ikut bersama memandangkan kereta tidak muat dan pagi tadi (pagi semalam), mereka bertolak awal dari Sibu untuk balik ke Mukah,” katanya.

Orang awam yang menyaksikan kejadian menghubungi balai polis terdekat untuk mendapatkan bantuan.

Sebuah jentera bomba dengan beberapa anggota turut bergegas di tempat kejadian untuk membantu mengeluarkan mayat-mayat mangsa yang tersepit


Read more: http://www.theborneopost.com/2013/11/30/enam-maut-nahas-ngeri/#ixzz2m5LOtSKv

Thursday, November 28, 2013

Tolong tahu kehendak suami

SEBAGAI pasangan yang sudah berkahwin, ramai daripada kita sangat kurang bermuhasabah diri melihat kembali tanggungjawab dan apa yang telah dilakukan sepanjang perkahwinan.

Sebenarnya jika kita meluangkan sedikit masa untuk merenung semula apa yang kita lakukan, hasilnya pasti berbaloi. Memang tidak dinafikan dalam perhubungan, suami kadang kala memahami lain dengan apa yang difahami isteri berhubung sesuatu perkara.

Isteri pula suka menganggap suami dapat membaca pemikiran mereka. Apabila keadaan tidak menjadi seperti yang diingini maka pertelingkahan menerpa.

Berikut beberapa perkara yang boleh diberi perhatian oleh isteri untuk mendapatkan kecintaan suami.
Pertama: Hormat. Mungkin ada isteri yang rasa terkejut kerana kajian membuktikan suami mahu lebih dihormati daripada disayangi.

Para isteri sila berfikir sejenak, anda mungkin mahukan suami mencintai anda tetapi suami sebenarnya mahu anda menghormatinya lebih daripada cinta anda kepadanya.
Anda rasa teruk bila suami tidak mencintai? Begitu juga suami akan rasa teruk jika anda tidak menghormatinya.

Apa anda perlu buat? Dalam keadaan ini, jika anda sedang berkomunikasi sebolehnya tunjuk pada suami anda percaya apa yang dilakukan.

Berikan dia keyakinan dan dorong dia atas apa yang sedang dia lakukan. Beza antara cinta dan hormat mungkin sedikit tetapi apabila suami mendengar kata-kata isteri seperti ‘saya bangga dengan abang’, ini sudah membuktikan kasih dan cinta anda padanya.

Kedua: Suami mahu rasa selamat dan rasa cukup. Sebenarnya jauh di sudut hati setiap pasangan suami dan isteri ada rasa tidak selamat dan rasa tidak cukup dengan apa yang ada dalam rumah tangga mereka tidak kira dari sudut kewangan atau kebahagian.

Suami sebenarnya mahu anda yang menjadi isterinya yakin bahawa dia adalah penyelamat keluarga. Tidak kira penyelamat fizikal mahupun mental suami memang mahu menjadi ‘hero' anda.
Sebagai isteri anda seharusnya meletakkan suami sebagai ‘hero’ dan penyelamat walau anda tidak merasakan begitu.

Jika anda tidak tahu caranya, pejam mata dan akui kekuatan dan kelemahan masing-masing. Adakalanya suami juga mahukan penghargaan atas usaha kecil mereka, tidak kiralah sama ada kerja di pejabat, bersukan bersama rakan atau sekali sekala membantu di dapur, anda sebagai isteri jangan senyap sahaja.

Ketiga: Seks dan emosi. Mungkin sesetengah isteri gusar dengan perkataan tersebut tapi hakikatnya itulah yang suami mahukan pada seorang isteri.

Seks dan emosi memang berkait rapat. Bagi suami, seks adalah salah satu cara merapatkan lagi keintiman suami dan isteri. Ketika seks, suami mahu memberitahu isteri bahawa dialah yang isteri mahukan. Walau isteri sukar menerima kenyataan ini, tapi ‘keberkesanan komunikasi’ suami isteri adalah menerusi seks.

Wanita, tolonglah melihat seks sebagai yang amat penting dalam rumah tangga, jika anda menganggapnya sebagai ‘tugas’ semata-mata, maka cuba terjemahkanlah kemahuan seks suami sebagai komunikasi intim seperti yang anda mahukan daripadanya.

Keempat: Suami mahukan isteri yang ada penampilan baik. Jika anda fikir suami terima kegemukan anda seadanya, sila fikir sekali lagi.

Pemikiran mereka sama sekali tidak sama dengan apa yang anda bayangkan. Walaupun saiz memang bukan ukuran tetapi itu tidak bermakna anda boleh mengabaikan kebersihan diri.
Suami pasti seronok mempunyai isteri yang sentiasa bau wangi, kemas yang kelihatan selesa pada pakaian mereka



Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd Hashim: Episode 1

Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd Hashim yang telah dilahirkan pada 17 Ogos 1915 di Kampung Lake Garden,Taiping,Perak merupakan pengasas Silat Gayong Malaysia.beliau berketurunan(Bugis). Bondanya bernama Syarifah Aluyah binti Syed Zainal al–Attas. Hasil perkongsian hidup dengan Uda Mohd Hashim bin Daeng Che Ngah Tambah,mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Meor Abdul Aziz, Meor Abdul Rahman dan Siti Saadiah. Meor Abdul Rahman mempunyai 3 orang saudara perempuan seibu dari perkahwinan bondanya yang terdahulu iaitu Alin, Putih dan Hendon
Apabila meningkat remaja, keluarga Meor Abdul Rahman telah berpindah ke Kampung Pokok Asam, Taiping. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Taiping dan persekolahan menengah di Sekolah Inggeris Kamunting, Ipoh Trade School seterusnya di Technical School di Ipoh sehingga tahun 1936.
Pendidikan silat
Beliau menuntut ilmu persilatan dengan datuknya sendiri iaitu Syed Zainal bin Syed Idris al – Attas ketika berusia lebih kurang 12 tahun. Syed Zainal bin Syed Idris al – Attas, merupakan hulubalang negeri Pahang yang terkenal ketika itu kerana memiliki ramai pahlawan. Syed Zainal bin Syed Idris al – Attas, hidup sezaman dengan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah. Sejak kecil beliau sering mendengar kisah pahlawan dan sejarah perjuangan bangsa Melayu dari datuknya. Selama lebih 2 tahun, Meor Abdul Rahman menjalani latihan intensif setiap hari siang dan malam berbeza dengan rakan – rakan beliau yang khatam bersilat hanya menuntut beberapa bulan sahaja seperti di Changkat Jering dan Batu Kurau.

Sejak dalam persekolahan menengah lagi, Meor Abdul Rahman sering berulang – alik ke rumah kandanya, Hendon di Kota Sarang Semut, Kedah. Beliau amat rapat dengan Hendon dan suaminya Zainal Abidin yang ketika itu bertugas di Balai Polis Kota Sarang Semut sebagai seorang inspektor.


Setelah tamat persekolahan dalam tahun 1936, beliau menetap bersama kandanya, Hendon. Beliau telah dijodohkan dengan anak angkat kandanya yang bernama Che Kalsom bte. Kechik. Perkahwinan tersebut dilangsungkan di Kota Sarang Semut. Apabila kanda iparnya, Zainal Abidin dinaikkan pangkat sebagai Penolong Penguasa Polis serta dilantik sebagai Ketua Polis Daerah di Kuala Nerang, Kedah, Meor Abdul Rahman telah sama – sama berpindah dan menetap dengan kandanya di sana. Sepanjang berada di Kuala Nerang, beliau sering berkongsi hobi memburu burung dan ayam hutan dengan Pegawai Daerah Kuala Nerang iaitu Tengku Nong, cucunda Sultan Abdul Hamid Halim Syah.


Pada suatu hari, beliau telah keluar berburu bersama – sama kandanya Meor Abdul Abdul Aziz dan seorang sepupunya bernama Bidin di Kuala Dang, Ulu Kedah. Ketika leka berburu di dalam hutan tersebut, beliau tersesat sehingga ke Padang Sanai. Di sana, beliau telah berkenalan dengan Pak Choh dan Tok Mek Jah, sepasang suami isteri penjual burung yang ditemui di Pekan Rabu. Atas permintaan Meor Abdul Rahman, mereka telah membawa beliau ke Mee Nam, Selatan Thailand. Ketika tiba di rumah Pak Choh di Mee Nam, beliau mandi di sungai di kawasan tersebut. Beliau mendakwa bahawa suatu lembaga yang berpakaian segak seperti hulubalang zaman kesultanan kerajaan Melayu Melaka telah menjelma dalam mimpi beliau. Beliau diarah oleh lembaga tersebut yang memperkenalkan diri sebagai Hang Tuah mengadap Sultan yang memerintah negeri Perak untuk menyembah taat setia. Apabila tersentak dari tidur, beliau terasa ada perubahan pada dirinya bagaikan diresapi kegagahan yang luar biasa.


Setibanya di Taiping, beliau telah menceritakan detik pengalaman tersebut kepada ahli keluarganya. Atas nasihat Syed Zainal, Meor Abdul Rahman pergi mengadap Paduka Seri Sultan Alang Iskandar yang sedang bersemayam di Manong, Perak. Beliau dititah untuk menunjukkan kekuatan di hadapan baginda sultan. Pada sebelah malamnya, beliau dititahkan pula mempamerkan kebolehan luarbiasanya di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Setelah berpuas hati dengan kegagahan Meor Abdul Rahman, baginda sultan menggelarkan beliau ‘ Rahman Sendo ’ dan dijadikan anak angkat baginda. Beliau menetap bersama – sama Sultan Alang Iskandar di istana sehinggalah baginda mangkat dalam tahun 1938.

BOTAK CHIN


DALAM sejarah negara kita, antara ketua samseng yang sering dikaitkan dengan kongsi gelap adalah Botak Chin atau nama sebenarnya Wong Swee Chin yang aktif melakukan rompakan ala ‘Robin Hood’ sekitar 1970-an.
Botak Chin merujuk kepada gabungan tiga perkataan ‘Bo Tak Chin’ dalam dialek Hokkien yang membawa maksud Cina tiada kerja.

Botak Chin adalah seorang yang kejam apabila sanggup membunuh orang kanan yang cuba melawannya dan tidak teragak-agak menembak mati anggota kumpulannya sendiri yang disyaki menjadi pengintip
polis.

Dia juga cuba membunuh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ketika itu, Deputi Superintendan, S. Kulasingam di lampu isyarat Jalan Davis-Jalan Pekeliling pada 22 November 1975.

Akhirnya dengan maklumat anggota kumpulan itu yang belot, Botak Chin dan kuncu-kuncunya berjaya ditangkap polis dalam satu serbuan di sebuah kilang papan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada 16 Februari 1976.

Pada 12 Mei 1980, lelaki bujang berusia 27 tahun ini didakwa mengikut tiga pertuduhan termasuk memiliki senjata api, peluru dan bom tangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan kemudiannya dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Ketika menunggu hukuman mati dilaksanakan, dia bertindak menyerang dan mencederakan warden penjara dengan senjata tajam sebanyak dua kali. Botak Chin dihukum gantung sampai mati pada pukul 3 pagi, 11 Jun 1981 di Penjara Pudu, Kuala Lumpur.



Bahaya kanser mulut

TAHUKAH anda ulser mulut yang tidak sakit sebenarnya berbahaya? Ini merupakan tanda awal kanser mulut yang tidak disedari pesakit itu sendiri.

Bukan itu sahaja, penggemar sirih turut dinasihatkan menghentikan tabiat mengunyah daun itu kerana mampu meningkatkan risiko kanser mulut.

Ya, walaupun kanser mulut bukanlah antara penyakit yang tergolong dalam kategori penyakit kronik, namun jika dilihat kepada sejarah, masyarakat di Asia ialah mereka yang paling berisiko kerana kaitannya dengan tabiat memakan sirih, merokok dan juga kesan daripada alkohol.

Kanser mulut adalah penyakit malignan yang meliputi bibir, lantai mulut, bahagian dalam pipi, lidah dan gusi. Lebih 90 peratus kes barah mulut membabitkan lapisan luar mukosa mulut yang dikenali sebagai karsinoma sel skuama.

Menurut Pakar Bedah Mulut dan Maksilofasial Fakulti Pergigian Universiti Malaya, Dr. Siti Mazlipah Ismail, sama seperti kanser lain, pengesanan awal sebenarnya dapat menyelamatkan nyawa pesakit.

Tambah Dr. Siti Mazlipah, pada peringkat ini rawatan awal masih boleh dijalankan untuk mencegah kanser daripada merebak.

"Kebanyakan pesakit yang menghidap kanser mulut ialah kaum India kerana dikaitkan dengan tabiat mengunyah sirih.

"Pada awalnya, kanser mulut itu tidak sakit tetapi oleh kerana fungsi mulut adalah untuk mengunyah, merasai dan bertutur serta memberi kesan kepada satu daripada saluran awal pernafasan, menyebabkan fungsi-fungsi biasa yang normal di dalam mulut terganggu," ujarnya yang ditemui sempena kempen Bulan Kanser Mulut yang akan disambut pada 17 November ini di Taman Rekreasi Bukit Jalil, Kuala Lumpur mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Kempen ini bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya kanser mulut. Dalam pada itu, pelbagai aktiviti akan dijalankan seperti program saringan kanser oral, pameran dan ceramah mengenai kesihatan mulut.

"Biar apa pun rawatan kepakaran yang boleh membantu, mengenali tanda-tanda awal kanser mulut memberi peluang terbaik untuk rawatan.

"Kanser mulut juga boleh menyerang golongan muda walaupun mereka tidak merokok, mengunyah sirih atau minum arak. Pun begitu, punca utama senario ini berlaku masih tidak diketahui.

"Tanda-tanda kanser mulut boleh bermula dengan ulser yang mungkin tidak sakit tetapi berterusan lebih tiga minggu, gigi yang mungkin nak patah tetapi tiada tanda sakit gusi dan bengkak pada leher.

"Apabila kanser ini menjadi lebih serius, pesakit akan mengalami luka yang besar hingga makan saraf, susah mengunyah, membuka mulut dan bertutur, mulut berdarah serta ketumbuhan dalam mulut (susah telan pepejal, air liur)," ujarnya.

RawatanMengulas tentang rawatan kanser mulut, beliau memberitahu, pesakit akan menjalani pembedahan, radioterapi dan kemoterapi.
Dr. Siti Mazlipah menjelaskan pembedahan biasanya membabitkan pembuangan kanser dan sebahagian tisu yang sihat di sekelilingnya. Ini kerana barah adalah penyakit yang mikroskopik iaitu ada sel kecil tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

"Ada kemungkinan sel kecil tidak dapat dilihat di sekitar sempadan kanser itu. Pembedahan membabitkan sel yang sihat ini turut membuang nodul limfa pada bahagian leher yang dijangkiti kanser.

"Pembedahan biasanya dilakukan untuk merawat kanser yang berada pada tahap awal dan sederhana dengan pembuktian tiada sel kanser merebak ke bahagian organ lain.

"Bagaimanapun, bagi jenis kanser yang merebak jauh pada kawasan lain tubuh, penggunaan radioterapi digunakan selepas pembedahan. Ini bertujuan mematikan sel kanser yang dikhuatiri masih tertinggal," katanya.

Selain itu, penggunaan radioterapi akan dilakukan jika kanser terlalu besar menyebabkan pembedahan sukar dilakukan. Kaedah ini juga membantu mengecutkan kanser. Bagaimanapun, radioterapi mempunyai banyak kesan sampingan yang harus dijalani oleh pesakit.

Orang ramai perlu tahu bahawa radioterapi tidak menyebabkan seseorang kehilangan anggota (lidah) dan fungsinya.

Tambahnya, pesakit mungkin hilang keselesaan pada mulut selepas radioterapi kerana tidak dapat membuka mulut dengan luas. Dalam pada itu, kaedah kemoterapi digunakan jika kanser sudah merebak ke organ lain seperti paru-paru dan hati, atau serentak dengan radioterapi.

Dr. Siti menasihatkan agar pesakit tidak takut menjalani rawatan ini kerana kesan ubat-ubatan mungkin berbeza dengan rawatan kemoterapi kanser lain.


Atasi masalah perut buncit

KENAIKAN berat badan selalunya berpunca daripada bahan buangan yang terkumpul di dalam usus besar. Pakar pemakanan berpendapat individu yang memiliki usus besar akan menghadapi masalah untuk menyerap khasiat daripada makanan yang diambil. Ini menyebabkan mereka cenderung untuk makan lebih daripada sepatutnya.

Makan lebih banyak serat. Anda mungkin pernah mendengar sebelum ini. Tetapi adakah anda tahu mengapa serat begitu penting untuk kesihatan anda?

Serat boleh diperoleh daripada buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan kekacang. Makanan yang mengandungi serat boleh mengatasi sembelit, membantu mengekalkan berat badan yang sihat dan mengurangkan risiko penyakit kencing manis serta penyakit jantung.

Memilih makanan lazat yang menyediakan serat sebenarnya tidak sukar. Anda hanya perlu mengetahui berapa banyak serat yang anda perlukan, makanan apa yang mengandungi serat dan bagaimana untuk menambah serat dalam makanan seharian dan makanan ringan.

Apakah itu serat?Serat juga dikenali sebagai pelawas atau pukal termasuk semua bahagian makanan pada tumbuhan yang badan anda tidak boleh mencerna atau menyerap. Tidak seperti komponen makanan lain seperti lemak, protein atau karbohidrat, badan anda mampu memecahkan dan menyerap serat yang tidak dicerna oleh badan anda. Ia juga melepasi melalui perut, usus kecil, kolon dan keluar dari tubuh anda.

KelebihanDiet tinggi serat mempunyai banyak manfaat, termasuk:

Menormalkan pergerakan usus

Serat meningkatkan berat dan saiz najis anda selain melembutkannya. Najis besar adalah lebih mudah untuk lulus lalu mengurangkan peluang untuk sembelit. Jika anda mempunyai najis longgar, berair, serat juga boleh membantu mengukuhkan najis kerana ia menyerap air dan menambah pukal kepada najis.

Membantu mengekalkan kesihatan usus

Diet tinggi serat boleh mengurangkan risiko untuk mendapat buasir dan kantung kecil di usus anda (penyakit diverticular ).

Merendahkan tahap kolesterol

Serat larut terdapat dalam kacang, oat, flaxseed dan oat bran boleh membantu jumlah paras kolesterol darah yang lebih rendah dengan mengurangkan lipo protein berketumpatan rendah atau " buruk," paras kolesterol. Kajian juga menunjukkan bahawa serat membantu mengurangkan tekanan darah dan keradangan.

Membantu mengawal tahap gula dalam darah

Bagi mereka yang menghidapi penyakit kencing manis, serat larut boleh melambatkan penyerapan gula dan membantu meningkatkan tahap gula dalam darah. Diet sihat yang merangkumi serat larut juga boleh mengurangkan risiko untuk mendapat diabetes jenis 2.

Membantu dalam mencapai berat badan yang sihat

Makanan tinggi serat biasanya memerlukan lebih banyak masa untuk dikunyah, yang memberi masa badan anda untuk mendaftar apabila anda tidak lagi lapar, jadi anda kurang cenderung untuk makan terlalu banyak. Selain itu, makanan yang tinggi serat cenderung membuat makanan berasa lebih padat dan kenyang yang berpanjangan, jadi perut anda akan rasa penuh bagi masa lebih lama.

Diet tinggi serat juga cenderung untuk menjadi kurang "tenaga padat" bermakna mereka yang mengamalkannya mempunyai kurang kalori walaupun jumlah makanan diambil sama dengan orang lain.