Tuesday, December 10, 2013

Rumah pusaka tinggal tangga

Foto

KEMAMAN: Bagaikan tsunami kecil apabila sebuah rumah dihanyutkan arus sejauh hampir 100 meter dan hanya meninggalkan tangga di kediaman asal seorang buruh yang dilanda banjir di Kampung Air Putih, Chukai, dekat sini.

Abdul Azam Mat Aris, 54, kini bukan sekadar hanya tinggal sehelai sepinggang malah sudah tidak berbumbung lagi apabila air naik mendadak sehingga meranapkan rumah pusaka didiaminya, sejak berusia lapan tahun.

"Ketika kejadiaan saya sedang minum di sebuah kedai makan berhampiran dan dikejutkan orang ramai memberitahu air Sungai Kemaman naik mendadak sehingga melimpah ke kampung kami.

"Dalam kekalutan menyelamatkan diri, saya tidak terfikirkan rumah dan hanya fikir mahu selamatkan diri dengan berlari ke tempat tinggi di sekolah meredah banjir setinggi paras pinggang," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, walaupun terkilan kerana gagal menyelamatkan barangan di rumah yang dihuni seorang diri itu, dia bersyukur kerana sempat menyelamatkan diri.


Katanya, dia kini buntu memikirkan masa depannya, apatah lagi tinggal sebatang kara tanpa mempunyai pendapatan tetap dan masih tinggal di pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Putih, dekat sini.

Sementara itu, tinjauan ke kampung berkenaan mendapati, ramai penduduk yang mula pulang ke rumah bergotong-royong membersihkan kediaman masing-masing.

Pelbagai barangan seperti peralatan elektrik, perabot, kenderaan dapat dilihat jelas terdampar di segenap ceruk kampung dan diselaputi lumpur serta rosak.

Meskipun letih mengemas rumah, senyuman masih terukir di bibir penduduk di beberapa kampung berhampiran yang terjejas akibat banjir antaranya Kampung Air Putih, Kampung Teladas dan Kampung Pasir Gajah.

Meteor Geminids bakal terangi langit Malaysia

Kuala Lumpur: Langit Malaysia diterangi juraian hujan meteor Geminids mulai Jumaat ini hingga 17 Disember, menurut Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) semalam.

Dianggarkan, kira-kira 120 juraian meteor sejam dapat dilihat pada masa kemuncaknya yang bermula dari awal pagi 13 Disember hingga 14 Disember ini.

“Titik meteor Geminids adalah daripada buruj Gemini yang berada di langit Malaysia sejak September lepas hingga April tahun depan.

“Pada tahun ini, kenampakannya tidak begitu baik kerana waktu kemunculannya sama dengan fasa bulan hampir purnama (91 peratus penuh),” demikian menurut kenyataan itu.


Mereka yang berminat menyaksikan hujan meteor boleh berbuat demikian dengan memandang ke arah timur laut selepas waktu tengah malam hingga subuh di kawasan lapang dan gelap.

3 tak cukup

Hulu Klang: Dia sudah mempunyai tiga isteri dan 10 anak, namun masih belum puas melayani kehendak nafsu apabila tergamak merogol remaja baru berusia 13 tahun.

Taktik lelaki berusia 55 tahun itu ialah menjadikan mangsa anak angkatnya dan mengumpan dengan wang apabila memberi belanja RM300 sebulan selain selalu menambah nilai kad prabayar telefon bimbit gadis berkenaan.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Maz, 13, berkata, dia mengenali lelaki terbabit yang dipanggil ‘papa’ melalui beberapa rakan sekolahnya tahun lalu.

Menurutnya, rakan memberitahu lelaki itu baik hati dan suka mengambil pelajar sebagai anak angkat.

Bagaimanapun, katanya, pada pertengahan Oktober lalu, suspek membawanya ke sebuah hotel di kawasan Selayang, dekat sini, kira-kira jam 8 malam dan memaksanya mengadakan hubungan seks.

Monday, December 9, 2013

Perah kudrat lawan laut

Foto

Melaka: “Kami mendayung menggunakan pelbagai peralatan termasuk bekas makanan dan dayung buatan sendiri serta memerah segala kudrat yang ada untuk sampai ke pesisir pantai, ditambah pula jurulatih sentiasa memberikan semangat supaya tidak berputus asa.

“Dengan kuasa Allah, petang semalam (kelmarin) selepas tiga kali dibaiki, akhirnya enjin bot berfungsi semula sebelum kami bergerak menuju ke pantai berpandukan pergerakan kapal dagang,” kata pelatih komando berusia 20-an dari Kem Sungai Udang di sini, semalam.

Dia antara 13 anggota tentera berusia 19 hingga 23 tahun terdiri 11 pelatih komando serta dua jurulatih mereka yang dilaporkan hilang selepas bot jenis Assault yang mereka naiki dipukul ribut dan ombak ketika menyertai latihan mendayung dari pantai Kem Sungai Udang ke Pulau Nangka, malam Sabtu lalu

Kehilangan kumpulan itu disedari 32 anggota dan seorang pegawai yang turut sama menyertai latihan berkenaan menggunakan empat bot berlainan selepas mereka mendarat di Pulau Upeh, jam 12.30 tengah malam hari kejadian.


Bagaimanapun, selepas 28 jam hanyut di perairan Selat Melaka, semua mangsa tiba di pesisir pantai berhampiran Jeti Tanjung Beruas, Pantai Puteri di sini, jam 12.50 pagi semalam.


Nama semua mangsa tidak dibenarkan disiarkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Pelatih terbabit berkata, kejadian jam 10 malam itu mengakibatkan bot terbalik dan mereka berenang ke arah bot dalam keadaan laut bergelora sebelum berpaut pada badan bot berkenaan.

“Jurulatih mengarahkan kami supaya tidak berpecah dan dengan menggunakan segala ilmu dan kepakaran ketika menjalani kursus asas komando, kami berusaha menterbalikkan bot berkenaan.


“Disebabkan semua dayung hilang, kami membuat layar supaya dapat ke pesisir pantai, tetapi angin dan ombak membawa bot hanyut ke tengah laut hingga hampir memasuki perairan antarabangsa,” katanya ketika ditemui di Hospital Kem Terendak, semalam.

Mereka yang mendapat rawatan di hospital itu menerima kunjungan Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob. Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri dan Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.


Seorang lagi mangsa berusia 20-an berkata, mereka yang bertolak dari pantai Kem Sungai Udang pada petang Sabtu lalu dijadualkan tiba di Pulau Nangka jam 5 pagi.


“Berbekalkan semangat kerjasama yang kuat, kami memperbetulkan semula kedudukan bot yang terbalik, namun ketua mengarahkan hanya lima orang berada dalam bot pada satu-satu masa manakala yang lain berpaut pada badan bot bagi mengelakkan ia terbalik semula.


“Kami bertukar kedudukan untuk menyimpan tenaga dan pelbagai usaha dilakukan dan menggunakan segala ilmu dan kemahiran yang dipelajari ketika kursus.


“Alhamdulillah, selepas beberapa kali mencuba enjin bot akhirnya dihidupkan dan kami terus bergerak ke pantai,” katanya

Gaji permulaan tinggi untuk penjawat awam PHD dan Sarjana


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menetapkan gaji permulaan yang lebih tinggi sebagai insentif untuk penjawat awam yang mempunyai kelayakan akademik Doktor Falsafah (PhD) dan Sarjana meliputi 33 skim perkhidmatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata 33 skim perkhidmatan gaji tersebut termasuk pensyarah universiti, pegawai teknologi maklumat, pegawai penyelidikan, akauntan, pegawai kanan polis serta pegawai tadbir dan diplomatik.

Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dan masih berada di gred lantikan, dan kemudiannya memperoleh kelulusan akademik tersebut, beliau berkata kerajaan akan turut menawarkan insentif hadiah kenaikan gaji (HKG).

"Ini adalah khusus bagi skim-skim perkhidmatan seperti pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma," katanya.

kepada soalan Senator Baharudin Abu Bakar pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Teks jawapan Najib dibaca oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berhubung soalan mengenai langkah pemberian insentif khas kerajaan kepada penjawat awam yang mempunyai kelulusan akademik di peringkat PhD dalam bidang-bidang kritikal kepada pembangunan negara.

Selain itu, Najib berkata Lembaga Kenaikan Pangkat akan menimbang pegawai yang layak bagi urusan kenaikan pangkat berdasarkan sistem merit.

"Pegawai yang mempunyai PhD mendapat kelebihan dalam proses pertimbangan ke sesuatu jawatan kenaikan pangkat.

"Sebagai contoh, bagi pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah di Kementerian Pendidikan Malaysia, pegawai dinaikkan pangkat melalui Laluan Cemerlang yang mengambil kira kelayakan akademik termasuk PhD dan pengalaman yang dimiliki," katanya.

Najib berkata wajaran yang akan pegawai penilai berikan ialah 15 peratus daripada keseluruhan kriteria kecemerlangan.

Sarawak sedia hadapi banjir


KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak telah mengenal pasti 600 lokasi pangkalan hadapan di seluruh negeri bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir.
Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata laporan penuh mengenai persiapan banjir telah dibentangkan pada mesyuarat jawatankuasa bencana negeri yang dipengerusikan Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang baru-baru ini.
Bagi JKM, persiapan katanya bukan sahaja melibatkan lokasi pangkalan hadapan tetapi juga dari segi pembekalan makanan yang akan disimpan di semua 600 pangkalan hadapan.
“Persiapan di pangkalan hadapan penting bagi membolehkan bekalan makanan dihantar dengan segera ke pusat pemindahan mangsa banjir atau terus ke rumah-rumah mangsa yang tidak berpindah.
“Bekalan yang kita simpan di pangkalan hadapan meliputi beras, gula, teh atau kopi, makanan dalam tin, mi segera serta biskut mengikut berapa bilangan keluarga serta berapa paket yang perlu disediakan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada jamuan tengah hari bersama golongan memerlukan serta kurang bernasib baik anjuran Majlis Kebajikan Sosial dengan kerjasama Restoran Absolute Tribal di restoran berkenaan.
Tambah Fatimah, meskipun Jabatan Meteorologi meramalkan hujan turun seperti biasa dan tidak berlakunya banjir besar namun persiapan masih perlu dilakukan bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir.
Sebagai contoh, banjir kilat yang berlaku di Miri baru-baru ini dan JKM bukan sahaja bersedia dari segi bekalan makanan di pangkalan hadapan tetapi juga bersedia menghantar makanan yang telah dimasak.
Dalam pada itu pengalaman tahun lepas menyaksikan ramai individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menderma membantu meringankan bebanan mangsa banjir terutama dari segi ubat-ubatan, pakaian dan keperluan-keperluan lain.
Pada masa yang sama, khidmat sukarelawan juga penting bagi memastikan kesejahteraan mangsa banjir diberi perhatian sewajarnya.
Persiapan banjir telah dimulakan sejak Oktober lepas dan semua bekalan makanan di pangkalan hadapan mampu bertahan selama seminggu.

Pembantu rumah warga Indonesia ditemui mati tergantung.


KUCHING: Seorang pembantu rumah warga Indonesia ditemui mati dalam keadaan tergantung di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Foochow No 1B, di sini, semalam.
Mangsa dikenal pasti sebagai Kholilah Abdul Razak ditemui tergantung dengan menggunakan kain pada pemegang tangga di bahagian ruang tetamu rumah berkenaan.
Menurut sumber, wanita berusia 41 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak bernyawa sekitar jam 3.30 pagi oleh seorang penyewa di rumah berkenaan.
Penyewa tersebut keluar dari biliknya selepas mengesyaki sesuatu tidak kena mungkin berlaku apabila mangsa tidak menjawab meskipun dipanggil berulang kali oleh majikannya, wanita warga emas berusia 79 tahun.
Difahamkan, kontrak mangsa tamat semalam dan mangsa dijadualkan dihantar balik ke agensi pekerjaan pada hari yang sama.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat sebelum urusan penghantaran pulang ke negara asal.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

HAVOC..Lirik cara ‘muzik jalanan

Foto

‘Havoc’, single pertama di petik daripada album terbaru, Joe Flizzow memberikan impak yang cukup besar kepada kemunculan semula rapper terkenal itu.

Bersesuaian dengan judulnya yang turut diangkat sebagai tajuk album, Havoc menampilkan kolaborasi antara Joe dan dua lagi rapper cukup ‘talented’ iaitu Altimet dan SonaOne, kini menduduki carta nombor 1 di iTunes Malaysia.

Putarannya di radio juga ‘havoc’ di mana-mana saja stesen. Pun begitu di sebalik maklum balas positif yang diterima ahli kumpulan Too Phat itu, khabarnya ada pihak kurang senang dengan lirik yang digunakan kerana disifatkan mencemarkan bahasa ibunda hanya kerana penggunaan beberapa perkataan seperti ‘gua’ dan ‘lu’ selain bait ayat yang menggunakan bahasa Inggeris.

Joe saat diajukan soalan ini oleh wakil media mempunyai pendirian bahawa tindakannya itu tidak salah selain tidak perlu dijadikan isu.

“Kalau lagu Datuk Sheila Majid ‘Aku Cinta Padamu’ sebuah lagu yang cukup indah ditukar kepada ‘gua cinta padamu’ memanglah tidak kena dengan melodinya.


“Tetapi untuk lagu hip hop dan rap ia tidak menjadi masalah apabila menggunakan bahasa pasar kerana asal usul muzik itu sendiri adalah muzik dari jalanan. Saya juga lihat penggunaan bahasa yang digunakan untuk lagu ini adalah bahasa percakapan masyarakat zaman sekarang. Mungkin satu sebab mengapa Havoc mudah diterima kerana ia dekat dengan pendengar.

“Bagaimanapun, saya tidak menafikan perlu ada garis panduan tetapi sebelum mereka membuat tuduhan, dengar dulu keseluruhan album saya.

“Lagu Takbir Cinta yang menampilkan abang Amy Search, lirik yang ditulis menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu ‘standard’. Kesimpulannya, setiap lirik bersesuaian dengan konsep sesebuah lagu,” katanya ditemui pada majlis pelancaran Havoc yang diadakan di Lust KL, Jalan Nagasari, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Havoc album yang cukup istimewa buat Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, 35, kerana ini album solo berbahasa Melayu pertama dihasil­kannya.

Kenapa baru sekarang?, Joe memaklumkan dia tidak mahu dilabel artis ‘urban’ kerana mahu karya yang dihasilkannya ini dapat dinikmati semua golongan.

“Ada kawan bertanya kenapa saya tidak menghasilkan album sepenuhnya berbahasa Melayu? Adakah kerana saya tidak boleh menyanyi rap dalam bahasa Melayu? Saya tanya semula kenapa?

“Kawan berkenaan memaklumkan kepada saya ramai yang melabelkan saya sebagai artis ‘urban’. Bercakap soal karya, saya tidak mahu hanya sekelompok atau golongan tertentu saja mendengar lagu saya.

“Tegurannya itu membuatkan saya terpanggil dan antara sebab mengapa album berbahasa Melayu ini terhasil. Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda saya kerana saya orang Melayu. Saya tidak pernah malu menyanyikan rap dalam bahasa Melayu dan Havoc sebagai buktinya,” katanya.

Havoc adalah kesinambungan album President yang dilancarkan pada 2009. Menampilkan 14 lagu, album ini membabitkan kerjasama Altimet, SonaOne, Syaheed, Ajai, DJ Biggie dan Yasin.

Dua penghibur tersohor ditampilkan khas. Jika legenda rock, Amy Search berpadu suara menerusi lagu Takbir Cinta bersama Datuk Rossa juga penyanyi popular Indonesia, mereka berkongsi kreativiti melalui lagu Katakan.

Senarai lagu lain yang tidak kurang menangkap termasuk Ucapan Terakhir Presiden, Iller-Iller, Untukmu, Baek, Satu Kali, Lu Lari, Kongsi, Aku Tak Kenalmu, Apa Khabar, Air Mata dan Apa Benar.

Joe menambah, dia percaya album itu bakal menawarkan sesuatu yang baru dan dinamik kepada irama hip-hop Malaysia dari segi bunyi, bahasa dan gaya.

Selain itu, dia merancang untuk mengembalikan semula aktiviti promosi jelajah untuk album barunya itu di seluruh negara..

Pihak berkuasa Myanmar bikin onar

Nay Pyi Taw: Belumpun turun ke gelanggang, skuad pelayaran negara ke Sukan SEA ke-27 berdepan cabaran apabila pihak berkuasa Myanmar tidak membenarkan kontena yang membawa bot baru pasukan meninggalkan Pelabuhan Yangon.

Pengurus skuad pelayaran negara, Mohd Afendy Abdullah berkata, bot yang dibeli dari New Zealand tersadai di pelabuhan sejak seminggu lalu.

“Kita kini cuba menggunakan semua saluran yang ada untuk membolehkan kontena itu dihantar ke venue pertandingan secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata, jika bot tidak sampai ke venue pertandingan sebelum esok, beliau bimbang ia bakal menjejaskan peluang skuad negara meraih pingat kerana pemasangan sesebuah bot baru mengambil masa tiga hari.


“Bot sewa yang digunakan untuk sesi latihan pada masa ini tidak sesuai untuk pertandingan selain pihak penganjur tidak menyediakan bot latihan khusus untuk kelas International 470.”


Mohd Afendy berkata, memandangkan penganjur tidak menyediakan bot khas untuk acara International 470, skuad pelayaran negara hanya turun menjalani latihan untuk kelas lain seperti Optimist, Laser, Windsurfing dan International 420.

Beberapa pasukan lain seperti Thailand, Singapura dan Filipina sudah tiba di venue pertandingan lebih awal untuk latihan penyesuaian.

Acara kapal layar akan berlangsung di Kelab Kapal Layar Ngwe Saung, Mandalay dari 13 hingga 20 Dis ini.

Sementara itu, Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Myanmar Datuk Wira Amiruddin Embi berkata, dua daripada tiga kontena membawa bot skuad pelayaran negara sudah dibenarkan keluar dari pelabuhan untuk dihantar ke venue pertandingan.

“Kedutaan Malaysia di Myanmar kini menguruskan untuk membawa keluar satu lagi kontena secepat mungkin,” katanya

Safee pilih gadis seberang

Foto

Kuala Lumpur: Penyerang skuad bola sepak kebangsaan Mohd Safee Sali bakal menamatkan zaman duda dengan memilih gadis dari Indonesia dikenali sebagai Shasha sebagai pasangan hidupnya.

Berita mengenai perkahwinan Safee yang bergelar jutawan bola sepak apabila menandatangani kontrak lumayan dengan kelab dari Indonesia Pelita Jaya FC mula tersebar di laman web sebelum ini.

Bapanya, Sali Mian, 66, ketika dihubungi semalam mengesahkan mengenai perkara itu dan memberitahu Safee bakal mengadakan majlis pernikahannya di Indonesia.

“InsyaAllah selepas itu majlis perkahwinan akan di adakan di sinilah (Bidor) pada 28 Disember ini,” katanya, namun enggan mengulas lebih lanjut.

Safee sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Sabrina Yusoff pada 2007 namun bercerai pada 2012. Hasil perkongsian hidup dengan Sabrina dia dikurnia dua cahaya mata.

Tangisan bayi tepi longkang.

Foto

Ipoh: “Bayi itu pasti mati jika saya dan rakan tidak menjumpainya,” kata Chong Lean Fatt, 48, yang menemui bayi baru dilahirkan dibuang dalam keadaan bogel di tepi longkang berhampiran Jalan Lapangan Perdana 19, Taman Lapangan Setia, di sini, pagi semalam.

Bayi perempuan cukup sifat dan masih bertali pusat itu dicampak di kawasan sunyi berhampiran lokasi projek pembinaan rumah kedai yang baru disiapkan.

Chong yang juga seorang kontraktor berkata, dia bersama seorang rakan serta wakil syarikat pemaju menemui bayi malang itu pada jam 11 pagi selepas terdengar tangisannya.

Menurutnya, dia datang ke kawasan itu untuk memasang jeriji besi di sebuah unit kedai dan segera memaklumkan kepada rakan.

“Saya beritahu rakan mengenai suara bayi menangis, tapi dia kata itu mungkin bunyi anjing liar atau kucing. Saya tidak puas hati dan memaklumkannya kepada wakil pemaju projek kedai itu yang datang untuk memantau kerja pengubahsuaian.

Banjir dua negeri kian pulih

Foto

KUALA LUMPUR: Sehingga 11 malam tadi, mangsa banjir di PAHANG terus menunjukkan penurunan dengan 30,840 daripada 9,376 keluarga masih berlindung di 132 pusat pemindahan.

Sementara itu, di TERENGGANU, jumlah mangsa yang dipindahkan hingga 11 malam tadi turun kepada 14,609 berbanding 15,876 pada 4 petang. Mereka terdiri daripada 3,195 keluarga yang ditempatkan di 41 pusat pemindahan.

KUANTAN
Jumlah mangsa: 24,898

Jumlah keluarga: 7,981
Jumlah pusat pemindahan: 34
Jumlah kampung: 16

PEKAN
Jumlah mangsa: 3,132
Jumlah keluarga: 773
Jumlah pusat pemindahan: 34
Jumlah kampung: 18

MARAN
Jumlah mangsa: 839
Jumlah keluarga: 219
Jumlah pusat pemindahan: 17
Jumlah kampung: 31

ROMPIN
Jumlah mangsa: 36
Jumlah keluarga: 11
Jumlah pusat pemindahan: 2
Jumlah kampung: 2

JERANTUT
Jumlah mangsa: 456
Jumlah keluarga: 115
Jumlah pusat pemindahan: 10
Jumlah kampung: 10

LIPIS
Jumlah mangsa: 60
Jumlah keluarga: 12
Jumlah pusat pemindahan: 5
Jumlah kampung: 3

TEMERLOH
Jumlah mangsa: 1,049
Jumlah keluarga: 226
Jumlah pusat pemindahan: 23
Jumlah kampung: 22

BERA:
Jumlah mangsa: 170
Jumlah keluarga: 41
Jumlah pusat pemindahan: 7
Jumlah kampung: 7

JALAN DITUTUP
* KM72 Jalan Kuantan-Segamat (kenderaan ringan saja boleh lalu)
* Jalan Jerantut-Kuala Lipis di Kampung Sepial.

TERENGGANU


DUNGUN
Jumlah mangsa: 1,251
Jumlah keluarga: 335
Jumlah pusat pemindahan: 3

KEMAMAN
Jumlah mangsa: 13,335
Jumlah keluarga: 2,852
Jumlah pusat pemindahan: 37

MARANG
Jumlah mangsa: 23
Jumlah keluarga: 8
Jumlah pusat pemindahan: 1

JALAN DITUTUP
* Jalan Mak Lagam- Cheneh, Kemaman (dibuka untuk kenderaan berat)
* Jalan Cukai-Air Putih (Kg Sungai Pinang), Kemaman
* Jalan Kuala Berang/Tanggol/Wakaf Tapai (jambatan Kuala Kejir), Hulu Terengganu

Perompak noda mangsa datang bulan

Kuantan: Seorang lelaki layak digelar binatang apabila bukan saja merompak mangsanya, malah tergamak menodai wanita terbabit walaupun didatangi haid dalam kejadian samun dan rogol di sebuah taman perumahan di Sungai Karang Jaya, dekat sini.

Difahamkan, dalam kejadian pada jam 6.20 petang, 7 Disember lalu, mangsa berusia 25 tahun yang juga anak kepada seorang anggota polis bertugas di Temerloh diikat kaki, tangan dan mulut menggunakan kain serta pelekat sebelum rumahnya diselongkar dan pakaiannya ditanggalkan suspek.

Kejadian berlaku apabila mangsa yang berada di rumah seorang diri terdengar pintu diketuk sebelum membukanya.

Sumber berkata, mangsa yang menyangka rakan serumahnya pulang terus membuka pintu, namun terkejut apabila seorang lelaki memakai topi keledar dan menutup muka meluru ke arahnya. Lelaki itu kemudian menolak dan memeluk mangsa dari belakang sambil mengacukan pistol mainan bagi menakutkannya

Saturday, December 7, 2013

Jadual Perlawnaan Piala Dunia 2014

Foto Banjir

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW...

9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH

"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.

Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "

Ibu terkutuk

Foto
Shanghai: Penghuni sebuah flat di Shanghai cemas apabila seorang wanita mengancam mencampakkan anaknya dari tingkap tingkat 12 bangunan berkenaan, lapor media semalam.

Sebelum itu, kata saksi, wanita terbabit menangis dan meraung-raung mengugut mahu terjun selepas mencampakkan anaknya. “Jangan cuba halang! Aku serius! Aku mahu bunuh diri dan juga membunuh anakku!” katanya menjerit ketika memberi amaran kepada penghuni flat berkenaan.


Di bawah, sekumpulan anggota polis, bomba dan petugas perubatan bersedia menghulurkan bantuan jika kejadian tidak diingini berlaku.

Jurucakap polis berkata, seorang pakar psikiatri terpaksa dipanggil untuk memujuk wanita terbabit, manakala anggota bomba mencari jalan untuk masuk rumah berkenaan.


Akhirnya penyelamat berjaya apabila mereka mendapat bantuan daripada jiran wanita terbabit. Mereka kemudian menariknya masuk ketika dia sedang bercakap dengan pakar psikiatri dari tingkap rumah sebelah.


Wanita berkenaan kemudian dibawa ke hospital psikiatri manakala anaknya diletakkan di bawah jagaan keluarga angkat.

Friday, December 6, 2013

Faktor pinjaman rumah ditolak

Umum tahu, bukan ramai antara kita mampu membeli kediaman secara tunai. Rata-ratanya memerlukan pembiayaan pihak lain terutama institusi kewangan untuk menanggung sekitar 90 peratus kos pembelian rumah.

Ada antara pembeli gagal mendapatkan pembiayaan perumahan walaupun mempunyai pendapatan bulanan agak tinggi dan berasakan pendapatan berkenaan mampu untuk membayar semula ansuran bulanan kepada pihak bank.

Presiden Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) Datuk Mohd Redza Shah berkata, situasi berkenaan perkara biasa tanpa menyedari terdapat beberapa faktor mengapa pihak bank terpaksa menolak pembiayaan bakal pembeli rumah berkenaan.

Beliau berkata, bank biasanya menilai pendapatan bersih bulanan (NDI) pelanggan yang secara kasar peminjam perlu mempunyai wang di dalam akaun sekurang-kurangnya RM1,000 selepas ditolak semua hutang atau ansuran bulanan dari entiti lain seperti pembiayaan kenderaan, insurans dan kad kredit.


“NDI penting bagi memastikan peminjam tidak mengalami masalah menanggung kos hidup selepas membuat pembayaran semua pembiayaan atau hutang bulanan mereka terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah atau sekitar di bawah RM5,000 sebulan.


“Bank juga tidak mahu dipersalahkan kerana memberi pinjaman di luar kemampuan mereka untuk membayar balik ansuran bulanan dan perkara ini pernah terjadi dalam kalangan kami,” katanya kepada Bisnes Metro.

Redza berkata, bank juga akan menilai ketekalan pembayaran semua kredit bulanan seperti pembayaran pembiayaan peribadi atau hutang kad kredit tertangguh sehingga tiga bulan.


Katanya, sekiranya pemohon ingin mendapat pembiayaan untuk pembelian rumah ketiga dan ke atas, pihak bank akan menilai sama ada rumah berkenaan dibeli untuk didiami atau dijadikan pelaburan

Tempah Xbox one, kertas A4 bernilai RM2,500 yang sampai.


London: Seorang bapa yang menabung selama setahun untuk menggembirakan anaknya dengan hadiah XBox One menyangka dia bertindak bijak apabila memesan set permainan video itu di laman sesawang eBay.

Bagi Peter Clatworthy, set XBox One versi terhad itu adalah antara hadiah bermakna untuk anaknya sempena Krismas nanti. Justeru dia membuat pesanan selepas membaca tawaran di eBay mengenai “XBox One Edisi Hari Pertama FIFA - Gambar Baru UK 2012.” Dia kemudian membuat bayaran bernilai £480 (RM2,537) walaupun lazimnya set berkenaan dijual pada harga hanya £430 (RM2,272).


Namun Clatworthy terkejut apabila pesanan itu tiba di rumahnya di Bilborough, Nottinghamshire kerana ia cuma sekeping kertas memaparkan gambar alat permainan berkenaan.

Di belakang kertas itu, penjualnya turut menulis pesanan: “Terima kasih atas pembelian anda.” Sebenarnya kekeliruan berkenaan bukan salah penjual, sebaliknya kecuaian Clatworthy sendiri kerana tidak membaca tawaran berkenaan dengan teliti. Menurut Clatworthy, dia sangat kecewa kerana diperdaya dengan cara itu.


“Saya menyimpan wang sedikit demi sedikit untuk membeli set berkenaan,” katanya.


Menurut Clatworthy, dia mahu menghadiahkan set XBox One itu kepada anaknya yang baru berusia empat tahun. “Ketika posmen memberikan sampul surat coklat, saya tertanya-tanya adakah dia menghantar ke alamat yang betul.

“Sebaik saja saya lihat sampul surat itu untuk saya, baru saya menyedari yang saya sudah tertipu. “Saya membuka sampul surat itu dan melihat ada sehelai kertas di dalamnya,” katanya.


Malah gambar itu sendiri bukan diambil penjual, sebaliknya dicuri dari imej yang ada dalam laman sesawang Google.

“Saya benar-benar terkejut tetapi hanya menyalahkan diri sendiri,” katanya. Ekoran kejadian itu, Clatworthy dibayar ganti rugi oleh eBay. 


London: Seorang bapa yang menabung selama setahun untuk menggembirakan anaknya dengan hadiah XBox One menyangka dia bertindak bijak apabila memesan set permainan video itu di laman sesawang eBay.

Bagi Peter Clatworthy, set XBox One versi terhad itu adalah antara hadiah bermakna untuk anaknya sempena Krismas nanti. Justeru dia membuat pesanan selepas membaca tawaran di eBay mengenai “XBox One Edisi Hari Pertama FIFA - Gambar Baru UK 2012.” Dia kemudian membuat bayaran bernilai £480 (RM2,537) walaupun lazimnya set berkenaan dijual pada harga hanya £430 (RM2,272).


Namun Clatworthy terkejut apabila pesanan itu tiba di rumahnya di Bilborough, Nottinghamshire kerana ia cuma sekeping kertas memaparkan gambar alat permainan berkenaan.


Terima bekas banduan sebagai suami

Petaling Jaya: “Semua kisah silam hidupnya sudah dia ceritakan kepada saya. Nampak dia begitu ikhlas, saya terima apa suami seadanya dan tak kisah langsung dengan statusnya sebagai seorang bekas banduan.

“Bagi saya, dia sudah cukup sempurna, apatah lagi dia punya perwatakan yang seakan sama dengan arwah suami saya dulu. Mungkin ini jodoh kami dan saya harap ia berkekalan selama-lamanya,” kata Nor, 54, yang bertemu jodoh dengan Botak Chop, 53, bulan lalu.


Menurut Nor, mereka berkenalan kira-kira tiga bulan lalu selepas sering bertemu di hadapan rumah di Puchong dan ia menjadi titik tolak kepada hubungan yang membawa mereka ke jenjang pelamin.

Katanya, sebagai seorang jiran di hadapan rumah, sudah tentu dia mengetahui sejarah hidup Botak Chop yang dikenali sebagai bekas banduan bagi kes jenayah berat sejak 1973 lagi.


Namun, ia tidak menjadi masalah kerana Botak Chop berjanji untuk hidup bersama berkongsi suka duka sebagai suami isteri, apatah lagi usia mereka sudah berganjak ke pertengahan 50-an.


“Saya memang tidak kisah langsung dia bekas banduan ke, bunuh orang ke, kerana saya tahu dia kini seorang yang baik dan bertanggungjawab. Dia cerita sejarah hidupnya dengan sepenuh hati dan saya terima juga dengan hati yang terbuka.

“Tidak ada langsung keraguan di dalam hati saya ketika dia berjanji mahu sehidup semati. Keluarga termasuk tiga anak saya juga menerima dia dengan baik, malah mereka begitu mesra dengan abang (suami),” katanya ketika ditemui Harian Metro sebaik sah bergelar isteri kepada Botak Chop.


Sementara itu, Botak Chop berkata, dia berdoa agar pernikahan itu adalah yang terakhir di dalam hidupnya selepas pernah gagal dalam perkahwinan sebelum ini.

“Saya benar-benar berhasrat di dalam hati, andainya satu hari nanti saya meninggal dunia, biarlah ada seorang isteri yang boleh membacakan Yasin, dan mendoakan saya. Hari ini saya begitu bahagia dan berharap segala kisah hidup saya yang lalu tinggal kenangan,” katanya yang hidup menduda selama 20 tahun.


Botak Chop berkata, dia ingin memulakan kehidupan barunya bersama isteri serta tiga anak tiri dan melupakan episod hitam hidupnya.

Dakwaan penduduk utara terhadap JPN Miri diteliti

KUCHING: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sara-wak akan meneliti dakwaan penduduk di utara negeri ini yang membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan tindakan kakitangan JPN Miri yang berlaku pada bulan lepas.
Pengarah JPN Negeri Datu Abu Bakar Mat berkata, ia bagi memastikan mereka yang memohon itu adalah warganegara yang benar-benar layak mendapat dokumen pengenalan diri.
“Sekiranya mereka benar-benar layak permohonan akan diproses dengan cepat, bagaimanapun kita belum pasti mengenai kes ini kerana tidak ada maklumat (teliti).
“Biasanya, kalau mereka yang datang membuat permohonan berulang kali datang, ia mungkin kategori bukan layak kerana sebab tertentu atau luar dasar kita,” katanya kepada pemberita pada wawancara bersama media di pejabat JPN Negeri di sini, semalam.
Pada 23 November lepas akhbar menyiarkan lebih 200 penduduk dari kawasan Baram merangkumi Marudi, Bakong, Tutoh Apoh serta Lawas dan Bintulu membuat laporan polis di Balai Polis Pusat di Miri kerana kakitangan JPN Miri sering menolak permohonan mereka untuk mendapatkan MyKad dan sijil lahir.
Berikutan itu, sebanyak 10 laporan polis telah dibuat oleh penduduk terbabit yang antara lain mendakwa terlalu banyak kerenah birokrasi di JPN Miri.
Tambah Abu Bakar, pada kebiasaannya warganegara tidak mempunyai masalah dengan mengikut prosedur di mana sekiranya layak dan dapat disahkan maka dokumen pengenalan diri akan dikeluarkan.
“Kita akan kaji perkara ini bagi memastikan mereka terbabit benar-benar layak mendapat dokumen pengenalan diri,” katanya.

Laluan sakit gergasi Eropah

Foto

COSTA DO SAUIPE (Brazil): England yang menunggu lebih 40 tahun untuk menjulang Piala Dunia bakal menghadapi laluan paling sukar apabila diundi bersama Uruguay, Costa Rica dan Itali pada saingan Kumpulan D Piala Dunia Rrazil 2014.

Pertemuan menentang Uruguay iaitu juara Copa America 2011 dan pasukan yang beraksi di separuh akhir piala dunia lalu bagaikan ujian sukar buat England - pertemuan kedua dalam peringkat kumpulan - di Sao Paulo, pada 19 Jun 2014.

Tapi, sebelum mereka berdepan Uruguay, barisan England harus terlebih dahulu berdepan Itali pada perlawanan pembukaan di Manaus, pada 15 Jun - satu pertemuan ulangan suku akhir 2012 yang dimenangi Itali menerusi sepakan penalti. 

Juara bertahan, Sepanyol pula akan memulakan kempen peringkat kumpulan menentang Belanda - pertemuan yang boleh diandaikan perlawanan ulangan akhir Piala Dunia 2010 - di di Salvador, pada 12 Jun.

Sepanyol yang menumpaskan Belanda 1-0 pada pertemuan di Afrika Selatan menerusi jaringan masa tambahan melalui Andres Iniesta, juga diandaikan bakal melalui perlawanan ulangan menentang Chile, yang menang pada perlawanan peringkat kumpulan pada piala dunia sebelum ini.


Australia melengkapkan pasukan bakal bertanding pada peringkat Kumpiulan B iaitu kelompok yang boleh dianggap turut sukar.

Jerman dan Portugal pula diundi dalam kelompok sama iaitu Kumpulan G yang juga dibarisi Ghana dan Amerika Syarikat.

Kedua-dua pasukan gergasi Eropah itu akan bertemu di Salvador, pada 16 Jun.

Undian tampak mudah buat Brazil, yang mencari formula dan memasang impian untuk menebus kekecewaan ketika negara itu menjadi tuan rumah pada 1950.

Barisan bimbingan Luiz Felipe Scolari itu akan berdepan Croatia, Mexico dan Cameroon pada perlawanan peringkat Kumpulan A, dengan pertemuan pembukaan menentang Croatia di Sao Paulo, pada 12 Jun. 

Tarikh berkenaan adalah permulaan pesta dengan Argentina akan menentang Iran manakala Nigeria bertemu Bosnia-Herzegovina, pada pertemuan peringkat Kumpulan F. 

Selepas melalui ranjau sehingga terpaksa beraksi pada perlawanan play-off, Perancis diundi dalam Kumpulan F bersama jirannya, Switzerland, Ecuador dan Honduras.

Colombia akan menentang Greece manakala Ivory Coast akan bertemu Jepun dalam Kumpulan C sementara Belgium akan berdepan Algeria, Russia dan Korea Selatan pada saingan Kumpulan H. - AF

Barisan Sarawak 2014 terbaik


KUCHING: Ketua Jurulatih, Robert Alberts menyifatkan skuad baharu Sarawak 2104 adalah yang terbaik pernah berada di bawah pimpinan­nya.
Beliau cukup gembira den­gan barisan skuad baharu tersebut dan tidak sabar untuk melihat hasilnya pada saingan Liga Super 2014 yang akan disingkapkan tirainya pada 18 Januari depan.
“Saya cukup berpuas hati dan yakin skuad baharu ini jauh lebih baik dan mantap daripada sebelumnya.
“Semua posisi sudah leng­kap dengan pemain baharu dan lama yang cukup ber­pengalaman untuk membawa cabaran Sarawak bagi msuim baharu nanti,” katanya di sini semalam.
Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) kelmarin mengumumkan senarai sera­mai 26 orang pemain skuad Sarawak yang akan beraksi pada saingan Liga Malaysia 2014.
Mengulas mengenai pem­belian dua penyerang import baharu, Alireza Abbasfard dan Milorad Janjus, Alberts menjelaskan ia adalah kepu­tusan yang cukup tepat.
“Kita sedia maklum, Liga Super semakin kompetitif dan pasukan-pasukan lain turut berbelanja besar mendapatkan penyerang berkualiti bagi memantapkan skuad masing-masing,” katanya.
Justeru, kemasukan Alireza dan Milorad sangat bertepatan kerana Sarawak memerlu­kan penyerang yang cukup berkualiti dan mampu men­jaringkan seberapa banyak gol bagi kekal dalam saingan tersebut.
“Kedua-duanya bijak, mempunyai skil dan pen­galaman tinggi serta cepat menyesuaikan diri dengan corak permainan di sini. Ini satu kelebihan buat kita dan menjadikan skuad Sarawak musim baharu nanti antara yang perlu diberi perhatian pada saingan Liga Super,” ujarnya.
Menurut Alberts, beliau juga berpuas hati dengan enam pemain import tempatan yang dibawa masuk.
Biarpun kemampuan mere­ka belum diuji sepenuhnya, Alberts yakin kesemua pemain tersebut tidak akan mengham­pakan beliau.
Sarawak membawa masuk sembilan muka baharu ter­masuk tiga pemain import asing selain mengekalkan 17 pemain lama.
Mereka ialah Alireza, Mi­lorad, Gabor Gyepes, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Reshafiq Alwi, Mohd Lot Abu Hassan, Mohd Rashid Aya, S Chanturu Suppiah dan Mohd Fadzley Abdul Rahim.
Sarawak menamatkan sesi latihan semalam dan akan berlepas ke Batu Malang, Surabaya, Indonesia hari ini bagi mengadakan empat per­lawanan persahabatan dengan kelab tempatan di sana.
Skuad akan kembali semula ke sinin pada 20 Disember dan akan mengadakan perlawa­nan persahabatan menentang skuad Sabah di Stadium Neg­eri (23 Disember) dan di Kota Kinabalu (4 Januari 2014).
Sarawak juga bercadang untuk mengadakan perlawa­nan persahabatan menentang Kelab Szen Hua, China pada 11 Januari sebelum menjalani kem motivasi pada 13 dan 14 Januari depan.
Saingan Liga Super 2014 akan bermula pada 18 Janu­ari 2014.

3 Lamborghini berkecai di jalan

Foto

Foto

Seremban: Kemalangan tiga kereta mewah Lamborghini di Kilometer 260, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat sini, pagi semalam, menimbulkan persoalan apabila pemandunya lesap dari tempat kejadian.

Dalam kejadian pada jam 9.57 pagi itu, kemalangan dikatakan berlaku ketika lima kereta milik warga Singapura itu dikatakan berkonvoi dari negara berkenaan ke Kuala Lumpur.


Sebuah kereta dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya menyebabkan dua kereta di belakang merempuh kenderaan terbabit lalu menyebabkan ketiga-tiganya terbakar.

Bagaimanapun, pemandu dan penumpang kereta terbabit yang belum dipastikan bilangan dan identiti mereka dikatakan diselamatkan orang awam sejurus selepas kejadian. Ketiga-tiga kereta mewah itu dianggarkan RM3 juta sebuah.


Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Superintendan Baharuddin Mustapha berkata, sehingga lewat petang semalam, tiada pemandu mahupun pemilik ketiga-tiga kenderaan berkenaan tampil ke bahagian trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) itu untuk membuat laporan.


“Kami meminta pemilik kenderaan terbabit segera membuat laporan di IPD Seremban atau mana-mana balai polis untuk membolehkan siasatan dilakukan.

“Setakat ini, kami hanya menerima laporan daripada orang awam dan tiada mana-mana pihak berkaitan sama ada pemandu atau penumpang membuat laporan sehingga lewat petang ini (semalam),” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Norazam Khamis berkata, dua jentera bersama 14 anggota masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang serta Seremban tiba di lokasi kejadian pada jam 10.04 pagi, namun ketiga-tiga kenderaan terbabit didapati hangus terbakar.

Gerak hati ibu temui jasad

Foto

Kuantan: Gerak hati seorang ibu mengatakan anaknya masih berada berdekatan lokasi kejadian membawa kepada penemuan jasad Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Pekan Jamali Ali yang lemas ditelan pusaran air di Sungai Isap, di sini, Rabu lalu.

Jenazah Jamali, 44, anak ketiga daripada tujuh beradik itu ditemui terperangkap dalam timbunan sampah sarap bawaan banjir jam 2.30 petang semalam oleh penduduk kampung yang menjalankan usaha mencari mangsa 100 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh selepas bot gentian kaca dinaiki bersama anaknya, Megat Nazri, 17, terbalik.

Terdahulu, jenazah Megat Nazri ditemui terapung dalam tali air berdekatan Taman Guru, di sini, jam 9.30 pagi semalam kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Menceritakan penemuan itu, abang sulung mangsa, Mazli, 47, berkata, ibunya, Maznah Ahmad, 68, menghubunginya pagi semalam memberitahu dia yakin adiknya itu berada tidak jauh dari lokasi Jamali jatuh.

“Ketika itu saya berada di tempat kejadian membantu usaha mencari bersama penduduk kampung.

Serah segera, Jangan belasah


KUCHING: Biarpun orang ramai dibenarkan menang­kap individu yang melaku­kan kesalahan, namun ia bukan keistimewaan kepada mereka untuk mengambil sebarang tindakan dalam bentuk kekerasan.
Pengarah Jabatan Pem­banterasan dan Pencegahan Jenayah (JPPJ) Datuk Ayub Yaakob berkata, individu yang ditangkap sepatutnya segera diserahkan kepada polis dan tidak dicederakan.
Bagaimanapun, menurut­nya, kekerasan hanya boleh dilakukan sekiranya untuk mempertahankan diri atau harta benda awam, namun perlu ada had tertentu.
“Kita memang meng­galakkan kerjasama masyar­akat dalam mencegah jenayah dan membantu kita menyele­saikan jenayah.
“Tetapi masyarakat perlu ingat dalam setiap tindakan perlu mematuhi undang-undang.
“Sedangkan kita apabila melakukan kekerasan berlan­daskan peruntukan undang-undang,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden seorang pemuda dipukul sehingga mati kerana cuba mencuri duit tabung masjid di Kuala Lumpur, Selasa lepas.
Ayub menjelaskan, polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu dan beliau berharap insiden sama tidak berulang pada masa akan datang.
Sementara itu, Mufti Neg­eri Datu Kipli Yassin berkata, pihak pengurusan masjid tidak boleh mengambil se­barang tindakan berbentuk kekerasan biarpun berlaku kes kecurian di rumah ibadah tersebut.
“Sebenarnya orang ramai mengambil sikap sambil lewa terhadap masjid sehingga menyebabkan berlaku kes kecurian,” ujarnya.
Menurutnya, sepatutnya tabung masjid disimpan dalam keadaan selamat.
“Tabung masjid patut dis­impan dalam keadaan selamat dan duit (tabung masjid) tidak boleh ditinggal terlalu lama kerana membuka ruang dan peluang kepada berlakunya kecurian,” jelasnya.
Hadir sama Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Sabtu Osman.


Thursday, December 5, 2013

Kekasih Paul Walker alami kemurungan



Nampaknya pemergian mendiang Paul Walker memberi kesan yang sangat mendalam kepada kekasihnya, Jasmine Pilchard-Gosnell.

Wanita yang berusia 23 tahun itu begitu berat hendak menerima kenyataan bahawa kekasihnya yang dicintai selama tujuh tahun kini sudah pergi buat selama-lamanya.

Menurut ahli keluarga Jasmine, berita kemalangan itu bukan sahaja mengerikan, tetapi sesuatu yang tidak diduga langsung.

"Jasmine sekarang banyak mendiamkan diri. Mungkin sukar baginya untuk menerima berita itu. Buat masa ini, ibu sedang menenangkan dirinya,"kata salah seorang ahli keluarganya.

Wanita yang masih berstatus mahasiswi itu tinggal di Santa Barbara, California. Sebelum tragedi ini berlaku, Walker dan Gosnell merancang untuk tinggal bersama dengan anak perempuan Walker, Meadow.

Walker dan kekasihnya itu pertama kali bertemu ketika Gosnell masih berusia 16 tahun. Meskipun, usia di antara mereka berjarak 17 tahun, itu tidak menghalang mereka tetap bersama.

Buat masa ini, Gosnell perlu bersedia untuk menjaga Meadow walaupun jarak usia antara mereka hanya berbeza lapan tahun.


Obama tidak akan guna iPhone. Alasannya...


WASHINGTON 5 Dis. - Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama semalam memberitahu, beliau tidak dibenar untuk menggunakan telefon pintar iPhone atas faktor keselamatan.

Menurut Obama, atas sebab itu juga, beliau kadang kala sering dilihat menggunakan telefon Blackberry yang mempunyai ciri keselamatan yang lebih baik.

"Atas sebab keselamatan, saya tidak dibenarkan untuk memiliki iPhone,'' kata Obama kepada sekumpulan belia di White House pada satu majlis mempromosikan undang-undang penjagaan kesihatan yang dirancangnya.

Kata Obama, anaknya, Sasha dan Malia pula sering menghabiskan banyak masa bersama iPhone masing-masing.

Telefon pintar Blackberry terkenal kerana sistem keselamatannya yang canggih dan itu juga adalah sebab utama mengapa ia masih popular dalam kalangan pegawai kerajaan di Washington walaupun syarikat itu mengalami kerugian berbanding pesaingnya.

Sistem keselamatan Blackberry diteliti semula tahun ini selepas pendedahan dakwaan agensi perisikan AS mengintip perbualan telefon Canselor Jerman, Angela Merkel.

Dalam tempoh beberapa hari sebelum memulakan tugasnya sebagai Presiden, Obama memenangi tuntutannya untuk terus menggunakan telefon Blackberry miliknya daripada Perkhidmatan Rahsia meskipun wujud kebimbangan telefon pintar itu terdedah untuk digodam.

Obama dilihat sering tidak lekang untuk melihat mesej-mesej pada telefon bimbitnya walaupun semasa berada dalam kenderaan rasminya atau ketika bertugas. - AFP


Mimpi buruk Manchester United


MANCHESTER - David Moyes berdepan mimpi ngeri apabila Manchester United tumbang 0-1 kepada bekas pasukannya, Everton dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di tempat sendiri, semalam.

Bryan Oviedo menewaskan penjaga gol United, David De Gea pada lewat minit untuk membolehkan Everton pulang bersama tiga mata di Old Trafford.

Kekalahan itu meletakkan kedudukan United semakin buruk apabila jatuh ke tangga kesembilan liga dengan 12 mata di belakang pendahulu, Arsenal.

Malah sejurus tamat perlawanan, laman web bola sepak terkenal Britain, CaughtOffside mendedahkan, ahli lembaga United sudah mula mengadakan perbincangan mengenai langkah kecemasan yang bakal diambil seandainya penyandang juara itu gagal layak Liga Juara-Juara Eropah, musim depan.

Biarpun sebahagian besar pemegang saham memberi sokongan kepada Moyes, namun mereka menyuarakan kebimbangan terhadap aksi buruk pasukan itu musim ini. United hanya mengutip dua mata daripada tiga perlawanan terakhir Liga Perdana selepas seri 2-2 dengan Cardiff City dan Tottenham.

Moyes, jurulatih yang dipilih sendiri oleh Alex Ferguson untuk menggantikannya memegang tugas berat untuk memastikan pasukan itu mampu menamatkan kempen dalam kelompok empat teratas.

Biarpun semuanya tampak tidak memihak kepada United ketika ini, namun Moyes menegaskan, peluang pasukannya untuk mencabar kejuaraan tidak boleh dinafikan kerana saingan Liga Perdana Inggeris masih panjang.

“Saya sangat kecewa. Kami memerlukan nasib yang lebih baik tetapi ia tidak berlaku. Everton membuktikan bahawa mereka adalah pasukan yang bagus.

“Perjalanan masih jauh. Kami perlu mempamer aksi hebat, selain cuba untuk meraih kemenangan dalam banyak perlawanan," ujar Moyes. - AGENSI


Harimau Muda tempang

PETALING JAYA - Pertemuan dengan kelab Jepun, FC Ryukyu kelmarin mungkin membantu Malaysia menguji kekuatan menjelang Sukan SEA minggu depan, namun ia juga memaksa skuad Harimau Muda membayar harga tinggi selepas pemain sayap lincah, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria menjadi bintang terbaharu yang tidak dapat dibawa oleh Datuk Ong Kim Swee ke Myanmar akibat kecederaan.

Kemenangan 3-1 ke atas Ryukyu akhirnya memberi gambaran jelas buat pengendali Harimau Muda, Kim Swee untuk membariskan 20 pemain yang bakal menggalas misi berat memburu kejuaraan hatrik Sukan SEA.

Namun, Kim Swee turut mengakui, keputusan untuk melengkapkan barisan pemain bukan satu tugas mudah kerana beliau perlu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Wan Zaharulnizam atau lebih dikenali sebagai Kecik.

“Saya ingin memaklumkan bahawa Wan Zaharulnizam tidak berada dalam senarai kerana mengalami kecederaan ketika aksi persahabatan menentang FC Ryukyu. Dia memerlukan masa dua atau empat minggu untuk pulih.

“Sungguh pun pemain yang ada kurang daripada segi pengalaman berbanding skuad pada Sukan SEA dua tahun lepas, namun saya dapat lihat pasukan kali ini penuh dengan semangat juang tinggi.

“Itulah kekuatan yang kami mahukan sebelum berlepas ke Myanmar nanti," katanya dalam sidang akhbar bersama Harimau Muda A dan skuad wanita di sini, semalam.

Selain Wan Zaharulnizam, skuad bawah 23 tahun negara juga akan meneruskan misi mempertahankan emas buat kali ketiga berturut-turut tanpa Nik Shahrul Azim Abdul Halim, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Syahrul Azwari Ibrahim yang mengalami kecederaan. Skuad Harimau Muda akan berlepas ke Myanmar esok.

Sementara itu, Wan Zaharulnizam mengakui, dia akur dengan keputusan yang dibuat jurulatih dan yakin rakan-rakan yang terpilih mampu melaksanakan tugas dengan baik.

“Saya terima keputusan ini seadanya selain perlu sedar bahawa kecederaan ini memerlukan masa yang lama untuk pulih.

“Tiada perasaan iri hati pada kawan-kawan yang terpilih ke Sukan SEA sebaliknya saya doakan kejayaan mereka di sana," katanya.

Kesemua 20 pemain yang disenaraikan adalah dalam kalangan terbaik daripada 30 yang dipanggil menjalani latihan sebelum ini.

Kempen Malaysia untuk memburu kejuaraan hatrik Sukan SEA bermula dengan menentang Brunei dalam aksi pembukaan Kumpulan A pada 10 Disember.

Mereka akan menentang Laos pada 13 Disember, diikuti Singapura (15 Disember) dan Vietnam, 17 Disember. Jika ke separuh akhir, mereka perlu beraksi pada 19 Disember, diikuti final pada 21 Disember.

Turut hadir, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin