Friday, December 6, 2013

London: Seorang bapa yang menabung selama setahun untuk menggembirakan anaknya dengan hadiah XBox One menyangka dia bertindak bijak apabila memesan set permainan video itu di laman sesawang eBay.

Bagi Peter Clatworthy, set XBox One versi terhad itu adalah antara hadiah bermakna untuk anaknya sempena Krismas nanti. Justeru dia membuat pesanan selepas membaca tawaran di eBay mengenai “XBox One Edisi Hari Pertama FIFA - Gambar Baru UK 2012.” Dia kemudian membuat bayaran bernilai £480 (RM2,537) walaupun lazimnya set berkenaan dijual pada harga hanya £430 (RM2,272).


Namun Clatworthy terkejut apabila pesanan itu tiba di rumahnya di Bilborough, Nottinghamshire kerana ia cuma sekeping kertas memaparkan gambar alat permainan berkenaan.